Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 18 Disember 2013

N 115 : MENGQADA SOLAT

Adakah kita sudah selesai menqadakan solat yang kita tinggalkan sewaktu kita jahil?
Anggaran........
Subuh + Zohor + Asar + Maghrib + Isyak = 17 Rakaat (Sehari)
SEBULAN : 17 Rakaat (Sehari) x 30 Hari (Sebulan) = 510 Rakaat
SETAHUN : 510 Rakaat (Sebulan) x 12 Bulan (Setahun) = 6120 Rakaat.

Katakan seorang itu Baligh pada usia 13 tahun dan tidak mengambil berat dalam menunaikan solat 5 waktu, kemudian apabila berusia 18 tahun barulah dirinya berhijrah dan menunaikan solat 5 waktu. Bermakna dia telah meninggalkan solat selama 5 tahun.
5 Tahun kejahilan x 6120 rakaat (Setahun) = 30,600 rakaat.
Bermakna dia wajib menqadakan solatnya sebanyak 30,600 rakaat.

Anggaran........
1 bulan kejahilan bersamaan qada 510 Rakaat
5 bulan kejahilan bersamaan qada 2,516 Rakaat
10 bulan kejahilan bersamaan qada 5,032 Rakaat
1 tahun kejahilan bersamaan qada 6,035 Rakaat
5 tahun kejahilan bersamaan qada 30,600 Rakaat
10 tahun kejahilan bersamaan qada 60,350 Rakaat.

Adakah kita sudah selesai menqadakan solat kita yang terdahulu?
Adakah kita mengutamakan solat-solat sunat dari solat qada?

Adakah kita sudah merasai diri kita sudah cukup baik?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan