1. Bayi tiada
kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
2. Bayi tiada
air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud
sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3. Mereka
mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang.
Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
4. Empat dari
10 bayi mempunyai tanda lahir.
5. Bayi
mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
6. Penglihatan
bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
7. Rambut bayi
yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya
oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
8. Bayi baru
lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan
bunyi-buNyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
9. Deria rasa
bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan
rasa seperti manis atau masin dengan baik.
10. Jantung
bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan
degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
11. Bayi
bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa
16-20 nafas seminit.
12. Berat bayi
bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
13.
Mendengarkan musiK klasikal menambah kepintaran bayi.
14. Bayi baru
lahir tidur 15-20 jam sehari.
15. Bayi cuma
mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan
senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan