Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 16 Disember 2013

N 100 : CARA MENGUNDANG MALAIKAT KE RUMAH

Tak seorang muslimpun yang tidak menginginkan rumah mereka sentiasa dihadiri oleh para Malaikat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan dijauhkan dari syaitan.

Kerana kehadiran Malaikat di rumah mereka akan melahirkan aura ketenteraman dan kesejukan dan kedamaian rohani yang mengalir di rumah tersebut.

Kehadiran mereka akan membuat rumah kita laksana syurga.

Di antara para Malaikat itu ada yang sengaja keliling untuk menebarkan rahmat dan kedamaian di tengah manusia sebagaimana syaitan berkeliling untuk menebarkan kejahatan dan kesesatan di tengah mereka.

Lalu rumah apa sajakah yang akan di hadiri para Malaikat itu?

Di antaranya adalah :

1. Rumah yang dihuni oleh orang yang sentiasa diisi zikir kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA serta yang di dalamnya ada rukuk dan sujud (solat).

2. Rumah yang sentiasa bersih.

3. Rumah yang dihuni oleh orang yang jujur dan menepati janji.

4. Rumah yang dihuni oleh orang-orang yang sentiasa menyambung tali silaturahim.

5. Rumah yang dihuni oleh orang yang makanannya halal.

6. Rumah yang dihuni oleh orang yang sentiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya.

7. Rumah yang sentiasa ada tilawah (bacaan) al Quran.

8. Rumah yang dihuni oleh para penuntut ilmu.

9. Rumah yang penghuninya ada isteri solehah.

10. Rumah yang bersih dari barang-barang haram.

11. Rumah yang dihuni oleh orang yang rendah hati, sabar, tawakal, qana’ah (rendah hati), dermawan, pemaaf yang sentiasa bersih lahir batin dan para penghuninya makan tidak terlalu banyak.

Dengan membaca al Quran maka akan turun Malaikat Rahmat, akan datang kebaikan dan tumbuh ketenangan di dalam rumah kita.

Rumah yang tidak ada bacaan al Quran maka ketahuilah bahawa rumah itu sebenarnya laksana kuburan walaupun penghuninya masih bernyawa.

Mengenai penuntut ilmu yang dinaungi Sayap Malaikat,
NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :

“Sesungguhnya Malaikat membentangkan sayapnya untuk para penuntut ilmu kerana suka dengan apa yang sedang dia tuntut.” 
(H.R. Tirmidzi)

Rumah-rumah yang akan dijauhi malaikat misalnya, rumah yang di dalamnya ada anjing, ada patung-patung dan gambar-gambar, dan ada bau busuk di rumah itu.

Islam adalah Agama yang cinta kebersihan sehingga mengingatkan bahayanya memiliki anjing, bahkan melarang memelihara anjing kecuali untuk kepentingan penjagaan keamanan atau pertanian.

Tidak sedikit nasihat Hadits yang menyatakan bahawa Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan pahala pemilik anjing akan susut atau berkurang.

NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:

“Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan juga tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar (patung).” 
(H.R. Bukhari, Muslim,Ahmad. Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah)

SubhanALLAH.
Semoga kita boleh menjadikan rumah kita menjadi seperti di atas agar para Malaikat sentiasa hadir dalam rumah kita.


Barakallahu fikum ya akhi wa ukhti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan