1-
Solat diringan-ringankan.
2-
Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan,
buku, gambar, risalah atau filem.
3-
Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakkannya jahil mengenai agama serta
memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4-
Perkara benar disalahkan. Susah untuk membezakan antara perkara halal dengan
haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5-
Berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab dikatakan jika tidak
berbohong susah untuk mendapat kesenangan.
6-
Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7-
Manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih
kerana maksiat berleluasa, tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8-
Turun hujan di luar musim dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di
muka bumi.
9-
Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan
berkeinginan perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10-
Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan
syaitan lain.
11-
Anak-anak ingkar dan menderhaka kepada ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak
menjadi tuan).
12-
Kawan baik dilayan kasar, manakala musuh dilayan baik. Kawan disangka lawan dan
musuh diaanggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13-
Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak,
bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, meninggalkan solat, mendedahkan
aurat dan berjudi.
14-
Masjid dihiasi indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku
kecurian barang masjid yang berharga.
15-
Ramai yang solat tetapi munafik dan berpura-pura. Ketika solat, berjanji akan mengikut
suruhan ALLAH tetapi di luar solat melanggar perintahNYA.
16-
Akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan
ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul
dan suka berpesta.
17-
Al Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang
dibaca serta diamalkan isinya.
18-
Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan
jenayah.
19-
Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama, tidak mahu membela dan
menyebarkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan