1. SOLAT SUBUH MENJADI PENGHALANG MASUK
NERAKA.
Rasulullah SAW bersabda
:
"Tidaklah akan
masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari (iaitu
solat subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari (iaitu solat asar)."
(H.R.Muslim no. 634)
2. SOLAT SUBUH
JAMINAN MASUK SYURGA
Rasulullah SAW bersabda
:
"Barangsiapa yang
mengerjakan solat bardain (iaitu solat subuh dan asar) maka dia akan masuk
syurga."
(H.R.Bukhari no. 574 -
Muslim no. 635)
3. SOLAT SUBUH
DAPAT PAHALA SEPERTI SOLAT SEMALAMAN
Rasulullah SAW bersabda
:
“Barangsiapa yang solat
isyak berjamaah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam dan
barangsiapa yang solat subuh berjamaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh
malamnya."
(H.R.Muslim no. 656)
4. SOLAT SUBUH
MENDAPAT JAMINAN KESELAMATAN
Rasulullah SAW bersabda
:
"Barangsiapa yang
solat subuh maka dia berada dalam jaminan ALLAH, oleh kerana itu jangan sampai
ALLAH menuntut sesuatu kepada kalian dari jaminanNya kerana siapa yang ALLAH
menuntutnya dengan sesuatu dari jaminanNya, maka ALLAH pasti akan menemukannya
dan akan menelungkupkannya di atas wajahnya dalam neraka jahanam."
(H.R.Muslim no.163)
5. BERCAHAYA DI
HARI KIAMAT.
Rasulullah SAW bersabda
:
"Berikanlah kabar
gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (Isyak dan
Subuh) menuju Masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari Kiamat
kelak."
(H.R. Ibnu Majah -
Tirmidzi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan