Pandangan
terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah satu
perbuatan yang HARAM, walaupun ia bukan satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah,
riba, membunuh dan sebagainya.
Ia dianggap
melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :-
"Dan
orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka
atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini
tiada tercela; Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah
orang-orang yang melampaui batas.”
(Surah 23 AL MUKMINUUN : 5-7)
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya
dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-
a) Malumin :
Ertinya : "tercela"
b) Al-'adun : Ertinya : "orang-orang yang melampaui batas"
Imam Asy-Syafi`i
mengharamkan onani dalam kitab Sunan Al-Baihaqi Al-Kubro jilid 7 halaman 199
dalam Bab Onani ketika menafsirkan ayat Al Quran surah Al-Mukminun di atas.
Begitu juga
dalam kitab beliau sendiri Al-Umm juz 5 halaman 94 dalam bab Onani.
Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud:
“Ada
tujuh golongan manusia yang ALLAH tidak akan melihat mereka pada hari kiamat
dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan ALLAH berfirman kepada mereka:
"Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya.
Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang
yang melakukan homoseks.
2. Orang
yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang
yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang
yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang
yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang
yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang
yang menggangu jirannya.”
(Riwayat al-Tabrani)
Hadith yang ini pula ialah hadith hasan
dan al-Hakim menyatakan bahawa hadis ini adalah hadith yang sahih pada
sanadnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan