Petua
1 : Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.
Urutkan wajah kalian tu dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi
selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua
2 : Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia
di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru
diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua
3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin,
Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau
gugur.
Petua
4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan
raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi
Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua
5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini
dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat
subuh bacalah Surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja.
Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua
6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi
untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua
7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada
wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan
berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua
8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu
pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita.
Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri
dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.
Petua
9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya
untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan
dan diletakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke
hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan
meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali
mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses
kedutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan