Kita terkejut,
kita bersimpati, dan atas nama kemanusiaan kita menghulurkan bantuan. Tetapi di
sebalik kejadian Taufan Haiyan yang melanda Filipina, ianya berkemungkinan
besar bala yang Allah turunkan pada mereka gara-gara merobohkan masjid hingga mengakibatkan
tiga orang umat Islam terbunuh.
Taufan Haiyan
dicatatkan antara paling terkuat sekali di dunia
dengan kelajuan angin 315 km / sejam hingga mengorbankan hampir 3,000 orang,
3,665 cedera dan 84 orang hilang menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan
Risiko Bencana Kebangsaan [NDRRMC].
1. Antara
penduduk Islam yang tercedera selepas terkena tembakan polis ketika
mempertahankan masjid daripada dirobohkan di daerah Baclaran. Dalam tragedi
ini, tiga orang penduduk Islam terbunuh.
- Yakob
Macalnas
- Hakim Usman
- Rajid Batalo
2. Kerja-kerja
merobohkan masjid pada SEPTEMBER lalu.
3. Kesan
kemusnahan amarah Taufan Haiyan hingga mengakibatkan wilayah tengah Filipina
kini menjadi padang jarak padang terkukur.
Salah seorang
yang memberikan komen pada video pemusnahan masjid :
“They destroy
the mosque, Allah gave them instant disaster, they said oh we have this kind of
typhoon every year so nothing to do with Allah curse, but they forget to open
eyes and see how many victim dead this time, it's not normal and it should be
remembered.”
Pengajaran ini bukan untuk mereka sahaja tetapi untuk kita juga. Gunakan anugerah yang Allah berikan untuk mencari ibrah dari musibah. Walaupun kita bergelar muslim, terkadang kehidupan kita terkeluar daripada jalan orang mukmin. Lihatlah dengan mata hati setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita. Setiap penilaian dari kita, jadikan panduan dan pedoman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan