Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 18 Disember 2013

N 114 : ORANG YANG MENCURI SOLATNYA

Sabda NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud, 

“Sungguh sejahat-jahatnya pencuri dari kalangan manusia adalah orang yang mencuri solatnya.” Para sahabat bertanya, “Ya RASULULLAH, apa yang dimaksud mencuri solatnya?” Beliau SAW berkata, “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Dan sungguh orang yang paling pelit (kikir) adalah orang yang pelit mengucapkan salam.” 
(HR. Thabrani & Hakim)

Solat adalah salah satu ibadah yang wajib dilakukan oleh muslim yang berakal dan telah baligh. Semua Ulama baik salaf mahupun khalaf sepakat akan kewajipan solat dan menghukuminya fardhu ‘ain, kewajipan yang wajib dilakukan oleh tiap-tiap individu. Solat termasuk rukun Islam yang kedua dan wajib ditegakkan. Sebegitu wajibnya solat sampai tidak ada rukhsah (keringanan) untuk meninggalkannya bagi seorang muslim. Kalau terlupa/tertidur kita wajib melaksanakan solat ketika ingat. Jika tidak ada air untuk berwuduk, kita dapat menggantinya dengan tayamum. Menjaga solat juga merupakan wasiat NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM sebelum meninggal dunia. 

“Jagalah solat, jagalah solat dan hamba sahayamu.”

Pencuri Solat

Di era moden kini dan di tengah ketatnya persaingan dunia, baik dalam hal bisnes, ekonomi, politik dan sosial budaya, semua orang menginginkan hidup serba segera. Semua ingin dijalankan dengan cepat dan mudah.Tak terkecuali dalam hal ibadah termasuk solat. Dengan alasan ingin mempersingkat dan mengefektifkan waktu, banyak muslim yang tergesa-gesa dalam melaksanakan solat. Hal ini telah diingatkan dengan tegas oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM empat belas abad yang lalu dalam redaksi Thabrani dan Hakim.

“Sungguh sejahat-jahatnya pencuri dari kalangan manusia adalah orang yang mencuri solatnya.” Para sahabat bertanya, “Ya RASULULLAH, apa yang dimaksud mencuri solatnya?” Beliau SAW berkata, “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Dan sungguh orang yang paling pelit (kikir) adalah orang yang pelit mengucapkan salam.”

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menyebutnya dengan istilah “pencuri yang paling jahat” bagi muslim yang tidak menyempurnakan solatnya. Tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Kita sering marah ketika ada seseorang yang mencuri sandal kita, terlebih lagi jika kita yang menjadi para pencuri solat kerana tergesa-gesa dan tidak menyempurnakan solat baik dalam rukuk, sujud mahupun salamnya.

Dalam redaksi Ahmad & ath-Thayalisi, Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anhu berkata:

“Kekasihku RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melarangku bersujud dengan cepat seperti halnya ayam yang mematuk makanan, menoleh-noleh seperti musang dan duduk seperti kera.”

Dalam hal ini dapat disimpulkan bahawasanya tergesa-gesa dalam melaksanakan solat adalah sebuah kesalahan dalam menjalankan solat. Siapa saja yang mencuri solat, maka amal ibadahnya menjadi sia-sia di mata ALLAH. Lebih dahsyat lagi, orang yang mencuri solat dianggap tidak beragama, 

“Kamu melihat orang ini, jika dia mati, maka matinya tidak termasuk mengikuti agama MUHAMMAD SAW, dia menyambar solatnya seperti burung helang menyambar daging.” 
(HR. Ibnu Huzaimah).

Seorang muslim harus menjaga solatnya, kerana memang amal yang pertama kali dihisab di hari kiamat adalah solat. Untuk menghindari mencuri dalam solat, kita perlu mengetahui salah satu rukun dalam solat iaitu Thuma’ninah.

Ilustrasi. (inet)
Thuma’ninah adalah diam beberapa saat setelah tenangnya anggota-anggota badan. Para Ulama memberi batasan minimal dengan lama waktu yang diperlukan seperti ketika membaca tasbih (Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq: 1/124). Dalam bahasa bebasnya, thuma’ninah dapat diertikan slow motion, pelan-pelan, dihayati, difahami dan dinikmati.

Diriwayatkan, ada seorang lelaki yang masuk ke dalam masjid di waktu RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sedang duduk. Lalu orang itu melaksanakan solat. Setelah itu ia memberi salam kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM., tetapi Nabi menolaknya seraya bersabda, “Ulangi solatmu, kerana (sesungguhnya) kamu belum solat!” 
Kemudian lelaki itu mengulangi solatnya. Setelah itu ia datang dan memberi salam kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, tetapi Nabi SAW menolaknya sambil berkata, “Ulangilah solatmu, (sebenarnya) kamu belum solat!”
Lelaki itupun mengulangi solat untuk ketiga kalinya. Selesai solat ia kembali memberi salam kepada Nabi SAW. Tetapi lagi-lagi beliau menolaknya, dan bersabda, 

“Ulangilah solatmu, sebab kamu itu belum melakukan solat!”
“Demi Zat yang telah mengutusmu dengan benar wahai RASULULLAH, Inilah solatku yang terbaik. Sungguh, aku tak boleh melakukan lebih dari ini, maka ajarkanlah solat yang baik kepadaku,” tanya lelaki itu.

“Apabila kamu berdiri (untuk melakukan) solat, hendaklah dimulai dengan takbir, lalu membaca ayat-ayat al Quran yang engkau anggap paling mudah, lalu rukuklah dengan tenang, kemudian beri’tidallah dengan tegak, lalu sujudlah dengan tenang dan lakukanlah seperti ini pada solatmu semuanya.” 
(HR. Bukhari)

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM benar-benar memperhatikan hal ini, sehingga dengan tegas meminta salah seorang sahabat mengulang solatnya hingga tiga kali kerana meninggalkan ketenangan atau thuma’ninah dalam solat. Apabila meninggalkan thuma’ninah dalam solat bererti solat menjadi tidak sah. Ini sungguh persoalan yang sangat serius. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda, 

“Tidak sah solat seseorang, sehingga ia menegakkan (meluruskan) punggungnya ketika rukuk dan sujud.” 
(HR. Abu Daud: 1/ 533)

Semoga kita sentiasa memperbaiki solat kita, agar tujuan solat yang tertuang dalam al Quran surah Al-’Ankabuut ayat 45 benar-benar dapat terwujud. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji & mungkarWallahu a’lam bis showab.




Sumber:http://www.dakwatuna.com/2012/12/05/24937/para-pencuri-shalat/#ixzz2iGhrqeEO
Follow us: @dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook


Tiada ulasan:

Catat Ulasan