1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tahu duit
pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak
dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekahpun
kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah,
duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada
macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat,
macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya
tergendala. Satupun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang
dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satupun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diripun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main games, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca al Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiripun malas.
Adakah anda
salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita
sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada
orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Aduh, alangkah
malang dan ruginya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana
kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti.
Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah
taala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah
dan mengingati diri sendiri juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan