Bila
hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga
jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat,
permusuhanpun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunanpun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI
AWAS!!!
Apabila
pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik
bertingkat-tingkat. Di tengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah
tabiat, ada yang jadi lalat ada yang
jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, Solat makin hari makin liat. Apabila
solat jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik
bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya
cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak
dapat minum madu telan jer la minyak gamat. Yang lelaki, budak-budak muda pakai
seluar ketat.
Semua
nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang
melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan,
pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti
tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim
surat. Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah
takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita
buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi
bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak
cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA
KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia
kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah
dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah
kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa
mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita
akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindiri mau ingat. Umur mu banyak
mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda
anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...? Semoga ianya
dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan
ibadat.
Catatan : Kiamat termasuk kiamat kecil = MATI
Catatan : Kiamat termasuk kiamat kecil = MATI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan