Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 18 Disember 2013

N 110 : NAK BUAT DOSA DI LAMAN SESAWANG, CUKUP SENANG

Apabila isteri orang berkawan dengan lelaki yang tidak dikenali di Facebook...

A : Suami aku tu asyik balik lewat je. Ntah ke mana dia melepak.

B : Bukan ke dia kerja? Engkau yang cakap dia kerja overtime.

A : Memang la. Tapi boring betul lah asyik sibuk je.

B : Dia cari rezeki kan untuk kau dan anak-anak. Doakan je lah dia selamat dan berjaya.
A : Eh ! Kau tahu tak? Ada sorang lelaki ni dalam FB dah start rapat dengan aku. Bukan main puji-puji aku cantik la... bergaya la..

B : Eh! Siapa pulak tu? 

A : Kawan FB aku aje. Dia dah kahwin. Tapi katanya tak bahagia. Selalu mengadu dengan aku isteri dia tak pandai masak. Tak pandai bergaya macam aku.

B : Apa pasal pulak tak bahagia? Kenapa nak cerita dengan kau pulak? Mana boleh menjaja hal rumahtangga pada orang luar.

A : Ye la. Dia nak kongsi cerita dengan aku. Dia macam tahu je aku pun tak bahagia. Tapi kan....aku tak bagitahu direct dalam FB yang aku ni tak bahagia.

B : Ye lah tu kau tak bagi tahu dalam FB. Kalau dah asyik keluh kesah, asyik post status syahdu-syahdu, orang bodohpun boleh faham.

A : Aku saja nak cari kawan. Takkan tak boleh? Sekurang-kurangnya aku tak boring.

B : Boleh tu boleh tapi bukan mencari kawan lelaki.

A : Tapi aku suka dan selesa bila berborak dengan dia. Kadang-kadang kalau suami aku tak ada kat rumah, kami berborak hampir 2 jam tau.

B : Kau berborak dengan dia?

A : Ye lah. Kami bercakap di telefon je. Takde lah jumpa pun.

B : Suami kau tahu tak ni?

A : Takkan lah nak bagi suami aku tahu. Alah! Suami aku pun ntah-ntah ada girlfriend lain.

B : Tak baik kau buat macam tu. Berdosa tau.

A : Aku bukan buat apa-apa pun. Aku cuma kawan je. Borak-borak. Dan sekarang aku happy. Kalau tak dapat dengar suara dia aku jadi rindu. 

B : Patutlah kau bukan main bergaya ambil gambar seksi dan masukkan dalam FB. Rupa-rupanya nak mencari perhatian lelaki.

A : Alah! Bukannya luakpun. Aku kan dah ada suami. Diaorang tu hanya untuk suka-suka.

B : Aku tak nak bersuhabat. Setiap perbuatan kau dilihat Allah Taala. Kau berubah lah!


Cerita seperti di atas banyak terjadi. Dengan alasan HANYA KAWAN. Ingatlah wahai wanita, dosa suami yang mengabaikan isteri itu antara si suami dengan Allah SWT (kerana tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik). Tetapi sikap isteri yang bermesra dengan lelaki bukan mahram, memuat turunkan gambar seksi untuk tatapan lelaki lain, bercakap di telefon untuk suka-suka, bercerita hal rumahtangga kepada orang luar adalah BERDOSA. Dosa ini dilakukan terhadap suami dan Allah SWT. Jika suami tahu sikap isteri seperti ini, tetapi mengambil sikap berdiam diri dan tidak peduli...maka suami itu DAYUS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan