Rakyat Malaysia mahupun
umat Islam di seluruh dunia terlalu sibuk dengan pelbagai isu sehingga terlupa
kota suci umat Islam kini secara rasmi dah jadi Ibu kota Yahudi laknatullah.
Maafkan kami Baitulmaqdis.
Jangan bicara tentang
boikot. Boikot kami hanya boikot bermusim. McD baru iklankan ayam spicy
"kruk kruk," dah macam orang kemaruk tak pernah dapat makan ayam 10
tahun punyalah kami serbu. Hebat bukan cara kami boikot. Yang merokok antara
kami pula susah sangat nak mengelak dari membantu mengisi tabung bantuan kepada
Yahudi.
Maafkan kami Baitulmaqdis.
Jangan seru kami untuk
bersatu. Sejujurnya kami tak mampu. Cerita hal rumahtangga artis pun boleh
bertekak. Belum cerita bolasepak dengan politik, itu lagi confirm gaduh besar.
Tak payah la cerita pasal syahid, kami bukan kisah. Kalau cerita artis baru
kahwin masuk bilik air pun rindu, mahulah kami layan. Mahulah kami viralkan.
Maafkan kami Baitulmaqdis.
Jangan tanya apa kerajaan
kami buat. Pemimpin kami hebat. Sungguh berani membantah. Begitu lantang
bantahannya sehingga bergegar tiang PWTC. Bangganya kami tidak terkira tapi sayang,
nak usir kedutaan US pun tak mampu apatah lagi nak turut memalu genderang
perang membantumu. Hebat bukan kerajaan kami.
Maafkan kami Baitulmaqdis.
Jangan bicara tentang
perjuangan kerana kami insan yang lemah lagi penakut. Nak laungkan seruan
protes di media pun kami tak mampu apatah lagi nak angkat senjata. Angkat tong
gas pun minta bangla hantarkan lagi nak sembang hal perjuangan. Hanya 1 kami mampu,
scroll Fb, selfi, update status dan tunggu like. Inilah perjuangan murni kami.
Maafkan kami Baitulmaqdis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan