Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 2 Januari 2019

T 161 : MAKNA DAN KANDUNGAN SURAH AL-FIIL


Surah Al-Fiil adalah surah ke-105 berdasarkan susunan mushaf dan surah ke-19 sesuai urutan pewahyuan Al Quran. Surah ini dinamai Al-Fil kerana menceritakan tentang Ashab Al-Fil (pasukan bergajah). Surah Al-Fil berbeza dengan kebanyakan surah Al Quran, seluruh kisahnya diturunkan secara keseluruhan pada satu surah. Dari sisi isi, surah Al-Fil termasuk surah Al-Qishar Al-Mufasshalat (17 surah terakhir Al Quran ditambah surah Al-Fatihah). Surah ini adalah salah satu surah juz ammah di hizb ke-4 juz 30 Al Quran.
sejarah dengan ayat yang sangat pendek namun kukuh dan jelas tentang bagaimana
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menurunkan bala kepada pasukan Abraha – pemimpin Habasya yang ingin menyerang dan menghancurkan Kaabah. Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar. (untuk diketahui bahawa yang dimaksud dengan ababil yang disebutkan pada ayat ketiga surah ini adalah rombongan burung yang berbondong-bondong datangnya. Ababil bukanlah nama burung tertentu).

‎أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصۡحَـٰبِ ٱلۡفِيلِ (١) أَلَمۡ يَجۡعَلۡ كَيۡدَهُمۡ فِى تَضۡلِيلٍ۬ (٢) وَأَرۡسَلَ عَلَيۡہِمۡ
‎(طَيۡرًا أَبَابِيلَ (٣) تَرۡمِيهِم بِحِجَارَةٍ۬ مِّن سِجِّيلٍ۬ (٤) فَجَعَلَهُمۡ كَعَصۡفٍ۬ مَّأۡڪُولِۭ (٥

"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? [2] (1) Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka [untuk menghancurkan Kaabah] itu sia-sia? (2) Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, (3) yang melempari mereka dengan batu [berasal] dari tanah yang terbakar, (4) lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan [ulat]. (5)"

Makna & Kandungan Surah Al-Fiil:
1. Kekuasaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, keagunganNya, rahmatNya kepada hamba-hambaNya, dalil-dalil terhadap keesaanNya, dan benarnya RasulNya MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM pada peristiwa tentera bergajah; bagaimana tindakan ALLAH SUBHAANAHU WA TA'ALA terhadap mereka yang hendak menghancurkan rumahNya itu ketika penduduk di sekitar rumahNya itu tidak sanggup menghadapi tentera itu.

2. Yang dimaksud dengan tentera bergajah ialah tentera yang dipimpin oleh Abrahah Gubernur Yaman yang hendak menghancurkan Kaabah. Sebelum masuk ke kota Mekah tentara tersebut diserang burung-burung yang melemparinya dengan batu-batu sehingga mereka musnah. Disebutkan dalam riwayat, bahawa Abrahah Al Asyram membangun gereja yang megah, mewah, indah dan tinggi di Shan’a (ibu kota Yaman). Orang-orang Arab menamainya dengan Al Qulayyas kerana bangunannya yang tinggi, di mana orang yang melihatnya boleh membuat pecinya jatuh. Abrahah bermaksud mengalihkan hajinya orang-orang Arab dari ke Kabah di Mekah menuju ke gereja itu, bahkan ia umumkan hal itu di kerajaannya, namun orang-orang Arab tidak suka hal itu, bahkan orang-orang Quraisy marah kerananya, sehingga di antara mereka ada yang pergi mendatangi gereja itu dan masuk ke dalamnya lalu meletakkan kotoran di dalamnya. Ketika para juru kuncinya melihat hal itu, maka mereka melaporkan kejadikan itu kepada raja mereka, iaitu Abrahah dan mereka memberitahukan, bahawa yang melakukannya adalah sebahagian orang Quraisy kerana marah demi membela rumah mereka yang hendak disaingi. Maka Abrahah bersumpah akan berangkat menuju Kaabah dan merobohkan batu-batunya satu persatu, ia pun mempersiapkan pasukannya yang terdiri dari tentera bergajah dengan maksud menghancurkan Kaabah kemudian berangkat menuju Mekah, hingga ketika ia hampir tiba di kota Mekah, gajah-gajah malah diam dan tidak mahu beranjak maju ke Kaabah, tetapi ketika gajah tersebut diarahkan ke arah lain, gajah-gajah tersebut bangkit dan bergegas melangkah. Saat diarahkan lagi ke Kaabah, gajah-gajah tersebut diam. Ketika itulah, ALLAH SUBHAANAHU WA TA'ALA mengirimkan burung yang berbondong-bondong untuk melempari mereka dengan batu yang berasal dari tanah yang terbakar, dan membuat mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.

Pada tahun terjadinya penyerangan tentera bergajah itu, lahir pula NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM sehingga yang demikian merupakan permulaan risalah Beliau shallallahu 'alaihi wa sallam.

Rahmaningsih Amir


Tiada ulasan:

Catat Ulasan