bersabda, “Wahai Abu Zarr!
Berzikirlah kepada Allah dengan zikir khamilan!” Abu Zarr bertanya: “Apa
itu khamilan?”
Sabda Rasul: “Khafi (dalam
hati).”
(Mizan al-Hikmah 3: 435).
TAHAP pertama zikir adalah zikir lisan. Kemudian zikir kalbu yang cenderung diupayakan dan dipaksakan. Selanjutnya, zikir kalbu yang berlangsung secara terus, tanpa perlu dipaksakan. Serta yang terakhir adalah ketika ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sudah berkuasa di dalam kalbu disertai zikir itu sendiri. Inilah rahsia dari sabda Nabi saw:
“Siapa ingin bersenang–senang
di taman syurga, perbanyaklah mengingati ALLAH.”
TANDA bahawa sebuah zikir
sampai pada sirr (nurani yang terdalam yang menjadi tempat cahaya penyaksian)
adalah ketika pelaku zikir dan objek zikirnya lenyap tersembunyi. Zikir Sirr
terwujud ketika seseorang telah terliputi dan tenggelam di dalamnya. Tandanya,
apabila engkau meninggalkan zikir tersebut, ia takkan meninggalkanmu.
Zikir tersebut terbang
masuk ke dalam dirimu untuk menyedarkanmu dari keadaan tidak sedar kepada
keadaan hudhur (hadirnya kalbu). Salah satu tandanya, zikir itu akan menarik
kepalamu dan seluruh organ tubuhmu sehingga seolah–olah tertarik oleh rantai.
Tandanya, zikir tersebut tak pernah padam dan cahayanya tak pernah redup.
Namun, engkau menyaksikan
cahayanya selalu naik turun, sementara api yang ada di sekitarmu sentiasa
bersih menyala. Zikir yang masuk ke dalam sirr(rahsia hati) terwujud dalam
bentuk diamnya si pelaku zikir seolah–olah lisannya tertusuk jarum. Atau, semua
wajahnya adalah lisan yang sedang berzikir dengan cahaya yang mengalir darinya.
KETAHUILAH, setiap zikir
yang disedari oleh kalbumu didengar oleh para malaikat penjaga. Sebab, perasaan
mereka beserta perasaanmu. Di dalamnya ada sirr sampai saat zikirmu sudah ghaib
dari perasaanmu kerana engkau sudah lebur bersama Tuhan, zikirmu juga ghaib
dari perasaan mereka.
Kesimpulannya, berzikir
dengan ungkapan kata–kata tanpa rasa hudhur (kehadiran hati) disebut zikir
lisan, berzikir dengan merasakan kehadiran kalbu bersama Allah disebut zikir
kalbu, sementara berzikir tanpa menyedari kehadiran segala sesuatu selain Allah
disebut Zikir Sirr. Itulah yang disebut dengan Zikir Khafi.
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
berfirman yang bermaksud:
“Dan berzikirlah kepada
Tuhanmu dalam hatimu (nafsika) dengan merendahkan dirimu dan rasa takut dan
dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu
termasuk orang yang lalai.”
(QS. 7: 205)
REZEKI lahiriah terwujud
dengan gerakan badan, rezeki batiniah terwujud dengan gerakan kalbu, rezeki
sirr terwujud dengan diam, sementara rezeki akal terwujud dengan fana dari diam
sehingga seorang hamba tinggal dengan tenang untuk ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA dan bersama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Nutrisi dan makanan bukanlah santapan rohani, melainkan santapan badan.
Nutrisi dan makanan bukanlah santapan rohani, melainkan santapan badan.
Adapun yang menjadi
santapan rohani dan kalbu adalah mengingati ALLAH Zat Yang Maha Mengetahui
segala yang ghaib. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,
“Orang–orang beriman dan
kalbu mereka tenteram dengan mengingat (zikir kepada) Allah.” Semua makhluk
yang mendengarmu sebenarnya juga ikut berzikir bersamamu. Sebab, engkau
berzikir dengan lisanmu, lalu dengan kalbumu, kemudian dengan nafs–mu ,
kemudian dengan rohmu, selanjutnya dengan akalmu, dan setelah itu dengan sirmu.
Bila engkau berzikir dengan
lisan, pada saat yang sama semua benda mati akan berzikir bersamamu. Bila
engkau berzikir dengan kalbu, pada saat yang sama alam beserta isinya ikut
berzikir bersama kalbumu. Bila engkau berzikir dengan nafs–mu, pada saat yang
sama seluruh langit beserta isinya juga turut berzikir bersamamu. Bila engkau
berzikir dengan rohmu, pada saat yang sama singgahsana Allah (’Arsy) beserta
seluruh isinya ikut berzikir bersamamu.
Bila engkau berzikir dengan
akalmu, para malaikat pembawa Arsy dan roh orang–orang yang memiliki kedekatan
dengan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA juga ikut berzikir bersamamu. Bila engkau berzikir dengan sirrmu, Arasy
beserta seluruh isinya turut berzikir hingga zikir tersebut bersambung dengan
ZatNya.
Imam al-Baqir dan Imam as-Sodiq berkata: “Para malaikat tidak mencatat amal solih seseorang kecuali apa-apa yang didengarnya, maka ketika ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman: “Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu (nafsika)”, tidak ada seorangpun yang tahu seberapa besar pahala zikir di dalam hati dari seorang hambaNya kecuali ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sendiri.”
DI DALAM riwayat lainnya
disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Zikir diam (khafi) 70 kali lebih
utama daripada zikir yang terdengar oleh para malaikat pencatat amal. “
(Al-Hadits). Bila sang hamba mampu melafazkan Zikir Khafi serta meyakini bahawa
semua Alam Lahir dan Alam Batin merupakan penampakan/manifestasi dari
nama-namaNya maka dia akan merasakan kehadiran dan kebersamaanNya di semua tempat
dan merasakan pengawasanNya dan jutaan nikmat-nikmatNya.
Perasaan akan kehadiranNya ini akan mencegah sang hamba dari berbuat dosa dan maksiat. Jika di hadapan anak yang sudah akil baligh saja manusia malu untuk berbuat dosa dan membuka auratnya, maka bagaimana ia tidak malu untuk membuka auratnya di hadapan Sang Khaliq?
Perasaan akan kehadiranNya ini akan mencegah sang hamba dari berbuat dosa dan maksiat. Jika di hadapan anak yang sudah akil baligh saja manusia malu untuk berbuat dosa dan membuka auratnya, maka bagaimana ia tidak malu untuk membuka auratnya di hadapan Sang Khaliq?
Mengapa kita tidak merasa
janggal dan malu berbuat hal-hal yang tidak layak di hadapan Allah al-Khaliq?
Itu kerana keyakinan kita atas kehadiranNya di setiap wujud tidak sebagaimana
keyakinan kita ketika kita melihat kehadiran sang anak yang akil baligh tersebut.
Apabila kita ingin mencapai keyakinan seperti ini kita mesti mempersiapkan
latihan-latihan untuk melaksanakan Zikir Khafi sampai pada suatu tahapan di
mana hati kita berzikir secara automatik seperti gerak detak jantung dan
tarikan-tarikan nafas kita (yang tidak kita kendalikan).
Imam Ali Zainal ‘Abidin as di dalam doanya: “Ilahi, Ilhamkanlah kepada kami Zikir kepadaMu di kesendirian mahupun di keramaian, di malam hari mahupun di siang hari, secara terang-terangan, mahupun secara rahsia (sembunyi), di saat gembira mahupun di saat kesusahan, jadikanlah hati kami menjadi senang dengan berzikir al-khafi“
(Bihar al-Anwar 94 : 151).
Laa haula wa laa quwwata
illa billah – Tiada daya dan kekuatan kecuali kerana pertolongan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA jua... Mari kita mula mengubah rutin harian kita dengan banyak
mengingati ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA... daripada lalai kepada ingat, daripada ingat kepada cinta dan rindu
kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Tiadalah kemuliaan yang paling agung kecuali nama-nama Zat Yang Maha
Agung dinisbahkan pada lidahmu... akalmu... hatimu dan hati batin terdalam dalam
dirimu dengan ingatan yang tulus lagi murni... hakikatnya bukan engkau ingat
akan Dia ketika ingatmu... tapi sifatNyalah yang mengingat akan ZatNya yang
tertajalli pada dirimu. Engkaulah cermin bagi DiriNya.
Rahmaningsih Amir
Solat Adalah Tanda Kasih ALLAH SWT Kepada Hambanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan