Barakah adalah kata yang
diinginkan oleh hampir semua hamba yang beriman, kerananya orang akan mendapat
limpahan kebaikan dalam kehidupan.
Barakah bukanlah cukup dan
mencukupi saja, tetapi barakah ialah bertambahnya ketaatanmu kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dengan segala keadaan yang ada, baik berlimpah atau
sebaliknya.
Barakah itu: "albarokatu
tuziidukum fi thoah" barakah menambah taatmu kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA.
Hidup yang barakah bukan
hanya sihat, tapi kadang sakit itu justeru barakah sebagaimana Nabi Ayyub
'Alaihissalam, sakitnya menambah taatnya kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Barakah itu tak selalu
panjang umur, ada yang umurnya pendek tapi dahsyat taatnya layaknya Musab ibn
Umair.
Tanah yang barakah itu bukan
kerana subur dan panoramanya indah, kerana tanah yang tandus seperti Mekah
punya keutamaan di hadapan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tiada yang menandinginya.
Makanan barakah itu bukan yang
komposisi zat-zatnya lengkap, tetapi makanan itu mampu mendorong pemakannya
menjadi lebih taat setelah makan.
Ilmu yang barakah itu bukan yang
banyak riwayat dan catatan kakinya, tetapi yang barakah ialah yang mampu
menjadikan seorang menitiskan keringat dan darahnya dalam beramal dan berjuang
untuk agama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Penghasilan barakah juga
bukan gaji yang besar dan bertambah, tetapi sejauh mana ia boleh jadi jalan rezeki
bagi yang lainnya dan semakin banyak orang yang terbantu dengan penghasilan
tersebut.
Anak-anak yang barakah
bukanlah saat kecil mereka lucu lagi comel atau setelah dewasa mereka sukses
bergelar dan mempunyai pekerjaan dan jabatan yang hebat,
tetapi anak yang barakah ialah yang sentiasa taat kepada RabbNya dan kelak di antara mereka ada yang lebih soleh dan tak henti-hentinya mendoakan kedua orang tuanya.
tetapi anak yang barakah ialah yang sentiasa taat kepada RabbNya dan kelak di antara mereka ada yang lebih soleh dan tak henti-hentinya mendoakan kedua orang tuanya.
Semoga segala aktiviti kita
hari ini dalam keberkahan. Aamiiiin….
Barokallaahu feekum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan