Hidup kita terlalu singkat
maka ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA kurniakan beberapa amalan untuk memberikan pahala yang besar.
1. Beramal di malam
Lailatul Qadar lebih baik daripada 1000 bulan.
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam Lailatul-Qadar
(Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 3)
“Sesiapa melaksanakan solat
pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka
dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
2. Menghubungkan
Silaturahim Akan Di Panjangkan Umur.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ: ” مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، أَوْ
يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ ”
Daripada Anas bin Malik
radliyallaahu ‘anhu, ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah Shallallaahu
‘Alaihi Wa sallam bersabda : “Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan
ditangguhkan kematiannya (di panjangkan umur), hendaklah ia menyambung
silaturahim.”
(Hadis Sahih Riwayat
Bukhari no. 2067)
Sanad ini hasan, namun
shahih dengan keseluruhan jalannya.
3. Puasa Sunat 6 Hari Bulan
Syawal Sama Seperti Puasa Sepanjang Tahun.
Daripada sahabat Abu Ayyub
Al Anshoriy, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ
أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Barangsiapa yang berpuasa
Ramadan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti
setahun penuh.”
(HR. Muslim)
4. Membaca Surah Al-Ikhlas
Sekali Sama Seperti Membaca 1/3 Al-Quran.
Hal ini berdasarkan hadis,
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ أَنَّ
رَجُلاً سَمِعَ رَجُلاً يَقْرَأُ ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) يُرَدِّدُهَا ،
فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – فَذَكَرَ
ذَلِكَ لَهُ ، وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى
الله عليه وسلم – « وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ
الْقُرْآنِ »
Daripada Abu Sa’id Al
Khudri bahawa seorang lelaki mendengar seseorang membaca dengan berulang-ulang
’Qul huwallahu ahad’. Tatkala pagi hari, orang yang mendengar tadi mendatangi
Rasulullah Shallallahu ’Alaihi Wasallam dan menceritakan kejadian tersebut
dengan nada seakan-akan merendahkan surah al Ikhlas. Kemudian Rasulullah
Shallallahu ’Alaihi Wasallam bersabda, “Demi yang jiwaku berada di tanganNya,
sesungguhnya surah ini sebanding dengan sepertiga Al Quran.”
(Hadis Sahih Riwayat
Bukhari no. 6643)
5. Solat Di Masjidil Haram
Pahalanya Sama Dengan Solat 100,000 Kali Di Masjid Lain.
Daripada Jabir, NABI SHALLALLAHU
‘ALAIHI WASALLAM bersabda,
صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى
أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ
وَصَلاَةٌ فِى الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلاَةٍ
فِيمَا سِوَاهُ
“Solat di masjidku (Masjid
Nabawi) lebih utama daripada 1000 solat di masjid lainnya selain Masjidil
Haram. Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 solat di masjid
lainnya.”
(HR. Ahmad 3/343 dan Ibnu
Majah no. 1406, dari Jabir bin ‘Abdillah. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis
ini sahih. Lihat Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1173.)
6. Solat Berjemaah Di
Masjid Lebih Baik 27 Darjat Ganjaran Pahala Daripada Solat Bersendirian.
Fadhilat Solat Berjemaah
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ
أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. رَوَاهُ
الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Ibnu Umar ra,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Solat berjemaah itu lebih afdhal
daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda."
(Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
7. Membaca Al-Quran Di
Gandakan 10 Kali Ganda.
Satu hurufnya diganjar
dengan 1 kebaikan dan dilipatkan menjadi 10 kebaikan.
.عَنْ عَبْد اللَّهِ بْنَ
مَسْعُودٍ رضى الله عنه يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- «
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ
بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ
وَمِيمٌ حَرْفٌ »
“Abdullah bin Mas’ud
radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan
bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan
aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu
huruf.”
(HR. Tirmidzi dan
disahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 6469)
8. Tiga Pahala Berterusan
Di Alam Barzakh.
(Sedekah Jariyah, Ilmu Yang
Bermenfaat Dan Anak Yang Soleh)
Daripada Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ
انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ
بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika seseorang meninggal
dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah
jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang soleh.”
(HR. Muslim no. 1631)
Hidup kita terlalu singkat,
oleh itu tingkatkan amal dan terus beramal pada perkara-perkara yang di akan di
gandakan oleh ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA terhadap amal-amal soleh kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan