Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 4 Januari 2019

T 167 : KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM DALAM SOLAT JAMAAH

1. Jika terdiri dari dua lelaki atau dua wanita saja, maka yang satu menjadi imam dan yang satu menjadi makmum berada di sebelah kanan imam agak ke belakang sedikit.

2. Jika makmum terdiri dari dua orang atau lebih maka kedudukan makmum adalah membuat barisan sendiri di belakang imam. Jika makmum yang kedua adalah masbuk, maka masbuh menepuk bahu makmum pertama untuk melangkah ke belakang membuat barisan tanpa membatalkan solat.

3. Jika terdiri dari makmum lelaki dan makmum wanita, maka makmum lelaki berada di belakang imam, dan wanita di belakang makmum lelaki.

4. Jika ada anak-anak maka anak lelaki berada di belakang makmum lelaki dewasa dan disusul dengan makmum anak-anak perempuan dan kemudian yang terakhir adalah makmum perempuan dewasa.

D. Syarat-syarat sah untuk seseorang itu menjadi Imam:

1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Masud maksudnya:

"Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh. Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna."

Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah:

"Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah SAW sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun."
(Hadis Riwayat Bukhari)
4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki. Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya. Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum. Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk.

8) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan. Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

Tugas Imam Solat:

Tidak boleh menjadi imam jika sekalian makmumnya membencinya atau tiada bersetuju dengannya. Jangan ke depan juga kalau di belakang ada orang yang lebih faqih daripadanya, kecuali jika orang itu enggan ke depan, ketika itu bolehlah dia menjadi imam. Dalam hal ini, makruh masing-masing tolak menolak untuk menjadi imam.

Marilah sama-sama kita berlumba-lumba melakukan solat fardu berjemaah di masjid atau di surau untuk mencari kelebihan dan ganjaran pahala yang lebih besar dan mencari rahmat dan keberkat di sisi Allah SWT kerana solat yang utama adalah dilakukan secara berjamaah.

Sebagai imam atau makmum dalam solat berjamaah kita juga perlulah memahami syarat-syarat menjadi imam atau makmum supaya solat kita benar-benar menepati kehendak sunnah Rasulullah SAW dan dilaksanakan dengan cara terbaik kerana pentingnya solat yang betul adalah kerana amalan manusia yang mula-mula di soal di hari akhirat adalah solatnya, jika betul dan sempurna maka barulah amalan-amalan lain akan dihisab oleh Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari kiamat daripada amalannya ialah solat. Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan
rugi.”
(Hadis Riwayat Tirmizi, Nasaei dan Ibnu Majah)

Syarat Untuk Menjadi Imam Solat Berjamaah:

1. Lebih banyak mengerti dan faham masalah ibadah solat.
2. Lebih banyak hafal surah-surah al Quran.
3. Lebih fasih dan baik dalam membaca bacaan-bacaan solat.
4. Lebih tua daripada ahli jemaah lainnya.
5. Tidak mengikuti gerakan solat orang lain.
6. Lelaki. Tetapi jika semua makmum adalah wanita, maka imam boleh wanita.

Bacaan dua rakaat awal untuk solat Zuhur dan Asar pada surah al-Fatihah dan bacaan surah pengiringnya dibaca secara perlahan (sirran yang hanya boleh didengar sendiri, orang lain tidak jelas mendengarnya). Sedangkan pada solat Maghrib, Isyak dan Subuh dibaca secara nyaring yang dapat didengar makmum. Untuk solat Jumaat, Aidulfitri, Aiduladha, Gerhana, Istiqo, Tarawih dan Witir dibaca nyaring, sedangkan untuk solat malam dibaca sedang, tidak nyaring dan tidak perlahan.



1 ulasan: