Islam menegaskan betapa
pentingnya tanggungjawab seorang anak untuk menjaga kemaslahatan orang tuanya.
Sebagaimana kedua ibu ayah telah penat lelah membesarkan anaknya, maka
tanggungjawab anak adalah untuk berlaku baik dan ihsan terhadap kedua orang
tua.
Begitu tinggi sekali nilai
kedua ibu ayah di sisi tuhan. Oleh itu agama ini telah menetapkan beberapa
garispandu yang jelas bagi anak-anak, untuk memastikan bahawa hak kedua ibu
ayah kekal terpelihara.
Kita berdoa kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA agar melindungi kedua orang tua kita daripada segala kemudaratan.
Semoga ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA menjadikan kita insan yang sentiasa berjasa kepada kedua orang tua.
Semoga dimudahkan semua urusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan