Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 2 Januari 2019

T 149 : TIDAK SEMUA ORANG BOLEH BERIMAN


Tidak sedikit ayat-ayat yang menunjukkan bahawa hanya ALLAH SUBHANAHU WA TAALAlah yang menjadikan orang itu beriman, kita tidak dapat memaksa seseorang harus beriman kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, bahkan Nabi Muhammad pun tidak boleh menjadikan orang itu boleh beriman, kecuali hanya dengan izin ALLAH SUBHANAHU WA TAALA saja menusia dapat beriman atau orang yang mendapat hidayah (petunjuk) daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Di bawah ini kami nukilkan beberapa ayat mengenai hal ini:

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَنْ فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيْعًا، أَفَأَنْتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّى يَكُوْنُوْا مُؤْمِنِيْنَ. وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تُؤْمِنَ إِلاَّ بِإِذْنِ اللهِ وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلٰى الَّذِيْنَ لاَ يَعْقِلُوْنَ

“Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya? Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin ALLAH; dan ALLAH menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.”
(Q.S. 10 Yunus 99-100)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّيْنِ

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam).”
(Q.S. 2 Al Baqarah 256)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُوْنَ مُخْتَلِفِيْنَ . إِلاَّ مَنْ رَّحِمَ رَبُّكَ

“Jika Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu.”
(Q.S. 11 Huud 119)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

أَفَلَمْ يَيْأَسِ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا أَنْ لَّوْ يَشَاءُ اللهُ لَهَدَى النَّاسَ جَمِيْعًا

“Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahawa seandainya ALLAH menghendaki (semua manusia beriman), tentu ALLAH memberi petunjuk kepada manusia semuanya.”
(Q.S. 13 Ar Ra'd 31)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ

“Dia menyesatkan siapa yang dikehendakiNya dan menunjuki siapa yang dikehendakiNya.”
(Q.S. 35 Faathir 8)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَـكِنَّ اللهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ

“Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi ALLAHlah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendakiNya.”
(Q.S. 2 Al Baqarah 272)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

إِنَّكَ لاَ تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi ALLAH memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan ALLAH lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.”
(Q.S. 28 Al Qashash 56)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلاَغُ وَعَلَيْنَا الْحِسَابُ

“Kerana sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedang Kamilah yang menghisab amalan mereka.”
(Q.S. 13 Ar Ra'd 40)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

فَذَكِّرْ، إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ. لَّسْتَ عَلَيْهِمْ بِمُصَيْطِرٍ

“Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka.”
(Q.S. 88 Al Ghaasyiyah 22)

Dan masih banyak ayat-ayat lainnya yang menunjukkan bahawa ALLAH Maha memperbuat dengan segala apa yang dikehendakiNya, yang menunjuki siapa yang dikehendakiNya, yang menyesatkan siapa yang dikehendakiNya. Semua itu disebabkan pengetahuan, hikmah dan keadilanNya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan