Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 2 Januari 2019

T 153 : SATU DOA PERLU DIAMALKAN UNTUK MENDAPAT HISAB YANG MUDAH



عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ سَمِعْتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ فِى بَعْضِ صَلاَتِهِ « اللَّهُمَّ حَاسِبْنِى حِسَاباً يَسِيرًا ». فَلَمَّا انْصَرَفَ قُلْتُ يَا نَبِىَّ اللَّهِ مَا الْحِسَابُ الْيَسِيرُ قَالَ « أَنْ يَنْظُرَ فِى كِتَابِهِ فَيَتَجَاوَزَ عَنْهُ إِنَّهُ مَنْ نُوقِشَ الْحِسَابَ يَوْمَئِذٍ يَا عَائِشَةُ هَلَكَ وَكُلُّ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ يُكَفِّرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ عَنْهُ حَتَّى الشَّوْكَةُ تَشُوكُهُ »

Daripada Aisyah, ia berkata, saya telah mendengar Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pada sebahagian solatnya membaca,

اللَّهُمَّ حَاسِبْنِى حِسَاباً يَسِيرًا

“Allahumma haasibnii hisaabay yasiiroo (Yaa Allah, hisablah aku dengan hisab yang mudah).”
Ketika baginda berpaling saya berkata,
“Wahai Nabi Allah, apa yang dimaksud dengan hisab yang mudah?”
Baginda bersabda, “Seseorang yang Allah melihat kitabnya lalu memaafkannya kerana orang yang diperdebatkan hisabnya pada hari itu, pasti celaka wahai Aisyah. Dan setiap musibah yang menimpa orang beriman Allah akan menghapus (dosanya) kerananya, bahkan sampai duri yang menusuknya.”
(HR. Ahmad 6/48. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa hadits ini shahih selain perkataan:

“Saya telah mendengar Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pada sebahagian solatnya membaca: “Allahumma haasibnii hisaabay yasiiroo.” Ini adalah tambahan di mana Muhammad bin Ishaq bersendirian dalam meriwayatkannya.
Yang dimaksud dengan doa tersebut diterangkan dalam hadits di atas. Maksud “hisab yang mudah” adalah saat di mana dosa-dosa seorang mukmin dihadapkan pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, lalu ia pun mengakui dosa-dosanya itu. Kemudian setelah itu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengampuni dosa-dosanya setelah ia bersendirian dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan tidak ada seorangpun yang melihatnya ketika itu.
Daripada Shafwan bin Muhriz bahwa seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibnu Umar, “Bagaimana Anda mendengar sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tentang An Najwa (bisikan di hari kiamat)?” Ibnu Umar menjawab,

يَدْنُو أَحَدُكُمْ مِنْ رَبِّهِ حَتَّى يَضَعَ كَنَفَهُ عَلَيْهِ فَيَقُولُ عَمِلْتَ كَذَا وَكَذَا . فَيَقُولُ نَعَمْ . وَيَقُولُ عَمِلْتَ كَذَا وَكَذَا . فَيَقُولُ نَعَمْ . فَيُقَرِّرُهُ ثُمَّ يَقُولُ إِنِّى سَتَرْتُ عَلَيْكَ فِى الدُّنْيَا ، فَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ

“Iaitu salah seorang dari kalian akan mendekat kepada Rabbnya. Kemudian Dia meletakkan naunganNya di atasnya. Kemudian Dia berfirman, “Apakah kamu telah berbuat ini dan ini?” Hamba itu menjawab, “Ya, benar.” Dia berfirman lagi, “Apakah kamu telah melakukan ini dan ini?” Hamba itu menjawab, “Ya, benar.” Dia pun mengulang-ulang pertanyannya, kemudian berfirman, “Sesungguhnya Aku telah menutupi dosa-dosa tadi (merahsiakannya) di dunia dan pada hari ini aku telah mengampuninya bagimu.”
(HR. Bukhari no. 6070)

Inilah yang dimaksudkan dengan hisab yang mudah di mana dosa-dosa seorang hamba yang beriman itu dimaafkan.
Moga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mudahkan bagi kita untuk mendapatkan kemudahan hisab seperti ini di akhirat kelak saat hari perhitungan. Aamiin Yaa Mujibad Du’aa’.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan