Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 2 Januari 2019

T 158 : NUKILAN DARI SEORANG PENGURUS JENAZAH


Dah bertahun-tahun isteri saya mengurus & memandikan jenazah perempuan. Secara purata 8 jenazah diurus mandi pada setiap bulan.
Soalan yang kerap saya tanya kepada isteri saya ialah:
1. Muda atau tua
2. Di mana (taman atau kampung)
3. Sakit apa
4. Bila Mati
5. Mati di mana
6. Anak berapa orang
7. Agak-agakkan berapa umur anak yang sulong
Semua ini menjadi penanda aras / bancian kepada saya apa punca mati, bagaimana si mati diurus jaga sebelum/selepas mati & sikap waris kepada si mati.
Berdasarkan umur dan bilangan iaitu 8 orang yang mati dalam seminggu:
1. Bawah 55an hampir 70 % mati kerana barah.
2. Atas 56an hampir 30 % mati kerana kencing manis, buah pinggang, jantung, tua dll.
*90 % keadaan jenazah yang mati d KAMPUNG terurus bersih kerana ada orang-orang tua tempatan yang selalu tunggu berada disisi si sakit hingga di saat mati, ada pengetahuan apa perlu dibuat ke atas jenazah sebaik sahaja mati & kebetulan ada talian saudara.
60% keadaan jenazah yang mati warga taman di taman perumahan terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras menyebabkan sukar semasa mandi, kurang terurus bersih kerana tiada orang-orang tua sebaliknya majoriti warga taman generasi muda yang siang malam kerja, tidak ingat mati, renggang jiran, renggang surau / masjid, tidak pernah hadapi suasana kematian, tidak tahu nak buat apa ke atas jenazah sebaik berlaku kematian & langsung tiada keperluan barangan asas untuk jenazah. Walaupun disuruh & diminta, anak-anak takut nak urus mandi jenazah ibubapa sendiri.
Sekarang ini telah ada waris "tidak suka" bawa balik, urus, mandi & kapan jenazah di rumah. Mereka lebih suka segalanya dbuat di masjid @ sekiranya mati di hospital mereka lebih suka segalanya dibuat di hospital.
Lebih tragis ada waris melepas cakap "tidak mahu menyusah" rumah. Jadi mereka mahu semua urusan di hospital @ masjid / surau & terus ke kubur.
Bagi jenazah yang sakit lama sebelum mati, jenazah ini lebih tidak terurus, berbau menyesak hidung, kulit mengelupas & banyak luka.
Kesimpulannya :
- Keadaan jenazah memberi gambaran siapa warisnya.
- Ingat kembali bagaimana kita jaga urus ibubapa kita semasa mereka sakit & bagaimana kita urus jenazah mereka sebaik sahaja mereka mati.
- Lebih tragis bagaimana anak-anak kita nanti akan jaga urus semasa kita sakit & selepas kita digelar jenazah.
- Bacaan Al Quran, solat, doa & semuanya boleh diupah kerana anak-anak kita berjaya kaya tetapi hanya doa dari anak yang soleh diterima di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA walaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.
Copy paste drp Ust Misnan. Ajk surau Nurul Iman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan