Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 3 Januari 2019

T 162 : ALLAH SWT TIDAK MELIHAT PADA TUBUH BADAN DAN RUPA PARAS TETAPI ALLAH MELIHAT HATI KAMU (NIAT KAMU)

Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr ra katanya: “Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian Hadis :
Memperbaikkan hati dan niat diutamakan dan didahulukan daripada amalan anggota zahir, kerana niat itu mengesahkan amalan anggota. Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Amalan-amalan zahir daripada seseorang biasanya mencerminkan keikhlasan dan ketaatannya kepada perintah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Apabila sesorang itu berniat untuk melakukan perkara mungkar tetapi tidak menzahirkan apa yang diniatkan maka tiada catatan dosa terhadapnya. Sebaliknya jika seseorang itu berniat melakukan kebaikan, ia sudah tertulis pahala untuknya satu kebaikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan