Wahai para alim, saya ada
pesanan buat kalian.
Tak perlu mendabik dada
seolah-olah tahu segala-galanya.
Hanya dengan setitis ilmu
daripada selautan ilmu Allah SWT, belum tentu kalian dapat meraih reda Allah SWT jika
sombong dengan kelebihan tersebut.
Ilmu sahaja tak memadai.
Ilmu perlu dihiasi dengan
akhlak yang mulia.
Inilah yang sebati dengan
diri Rasulullah SAW.
Jangan pandang orang yang
jahil dengan pandangan yang buruk!
Santuni mereka.
Dekati hati mereka.
Sejarah silam seseorang
banyak mempengaruhi perjalanan hidup mereka.
Banyak faktor yang
menyebabkan mereka tidak dapat pendedahan ilmu yang sewajarnya suatu ketika
dahulu.
Jika mereka dah terpikat
dengan akhlak luhur yang lahir dari dalam diri kalian, dengan mudahnya mereka
akan menerima sebarang teguran berhikmah yang kalian suarakan.
Berubahlah......
Sucikan hati kalian daripada
perspektif negatif mengenai orang lain.
Masyarakat memerlukan insan
berilmu seperti kalian.
Wahai para pendamba ilmu,
saya juga ada sedikit pesanan buat kalian.
Berada dalam situasi
kejahilan itu tidak salah kerana ia masih boleh diperbaiki.
Kalian menyedarinya sebelum
ajal menjemput adalah suatu rahmat besar!
Berapa ramai di luar sana
kehabisan nafas terakhir dengan bekalan amal yang langsung tak dikira di sisi
Allah SWT, hanya kerana amal mereka tanpa ilmu.
Hanya ikut-ikutan.
Ruginya mereka.
Kalian yang dah sedar, boleh
mulakan langkah sekarang.
Dekati orang alim yang kalian
rasa selesa dengannya.
Sudah tentu kalian seronok
untuk menghampiri orang alim yang sentiasa terukir senyum di wajahnya kan?
Jadi, kalian layak memilih
orang alim yang mempunyai akhlak yang mulia di mata kalian.
Subhanallah, harmoninya Islam
jika dihayati oleh semua.
Pendamba ilmu,
Imam Muda Kulan
Imam Masjid Al-Islah, Limbongan
Imam Muda Kulan
Imam Masjid Al-Islah, Limbongan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan