Nabi SAW
bersabda:
“Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan
siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali
kepada siapa yang dicintai-Nya.”
Nabi SAW
bersabda:
“Apabila Allah mencintai seorang hamba, Dia mengujinya. Jika ia sangat
mencintai-Nya, maka Allah mencubanya.”
Allah swt
berfirman yang bermaksud:
“Nescaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.”
(Ali-Imran:31)
Lihatlah
betapa Allah swt sangat menyayangi hambanya. Dia menciptakan manusia
dengan sebaik-baik kejadian dan melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya. Allah swt mengurniakan
akal fikiran yang tidak dianugerahkan kepada makhluk Allah yang lain. Allah swt menguji
seseorang hambanya untuk mengetahui sejauh mana kesetiaan seseorang hamba
terhadap Allah swt. Allah tidak menguji seseorang hamba-Nya melebihi apa
yang mampu dilakukan oleh hamba itu.
Tetapi
apa yang terjadi pada hari ini, bunuh diri, bunuh diri, bunuh diri, dan banyak
lagi. Mereka tidak sedar yang mereka sentiasa dilihat oleh Allah. Allah
sentiasa berada di sisi kita. Sentiasa bersama kita. Sebagai hambanya, kita
hendaklah lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan larangan-Nya. Semoga kita
sentiasa mendapat rahmat dan hidayah-Nya….
Allah
Sentiasa Mendengar Rintihan Hamba-HambaNya
Keluhan
orang yang berdosa kerana dosa-dosanya, Allah amat suka. Sekiranya gugurnya air
mata saat menangis mengenang dosa-dosanya, itu dapat memadamkan api Neraka.
Takutnya kepada Allah kalau-kalau berbuat salah atau takut tidak diampuni
dosanya adalah ibadah. Sedangkan orang yang beribadah belum tentu jadi ibadah.
Kerana yang namanya ibadah mestilah sampai terasa dan dihayati oleh hati dalam
ibadahnya, penghayatan itulah kerja hati.
Kalau
fizikal saja yang nampak beribadah, tapi hati tidak beribadah, maka tidak ada
erti apa-apa dengan ibadahnya. Tuhan tidak pandang rangka, tapi pandang isinya.
Rangka cantik bagaimanapun, jika tidak ada isi tidak ada erti apa-apa.
Rasa berTuhan
dibawa ke mana-mana ini juga adalah ibadah batin. Pahalanya sentiasa mengalir
selagi ada rasa itu. Rasa hamba dibawa ke mana-mana,rasa lemah dan rasa tiada
kuasa, adalah juga ibadah batin. Rasa hamba itu, itulah sifat hamba yang
sebenarnya. Janganlah sifat hamba itu ditukar dengan sifat tuan atau ketuhanan.
Itu sombong namanya. Dia ambil pakaian Allah dan dipakainya. Allah sangat murka.
Sifat ketuanan itu salah satunya ialah bangga diri, Allah membencinya. Siapalah kita manusia ini? hendak rasa bangga? Tak akan kita tidak sedar lemahnya diri manusia ini. Mengapa pula kita merasa ada kuasa dan bangga diri? Ini sikap orang yang tidak sadar akan diri.
Sifat ketuanan itu salah satunya ialah bangga diri, Allah membencinya. Siapalah kita manusia ini? hendak rasa bangga? Tak akan kita tidak sedar lemahnya diri manusia ini. Mengapa pula kita merasa ada kuasa dan bangga diri? Ini sikap orang yang tidak sadar akan diri.
Tidak kah
kita tidak sedar, bahawa kita ini dhaif dan lemah. Setiap saat kita perlu
bantuan. Bantuan oksigen, bantuan kesihatan, bantuan ketenangan.
Bantuan-bantuan yang diperlukan itu siapa pemiliknya ? Tak akan kita tidak tahu
dari mana kita dapat. Kalau kita sedar ini semuanya di dalam fikiran setiap
masa, atau di dalam perasaan, itulah dia ibadah. Ibadah tanpa perbuatan, ibadah
batin atau ibadah rohaniah namanya. Perasaan itu atau kesedaran itu adalah
diberi pahala.
Drmindailmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan