Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 11 Disember 2012

K 53. 113 Sebab mewajibkan muslimah menutup aurat.

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM terkenal dengan Al-Amin, iaitu terpercaya, tidak pernah bohong. Gelar ini didapat sejak sebelum beliau menjadi Nabi. Gelar ini pula diberikan oleh Abu Jahal jauh-jauh hari sebelum diutus menjadi RASULULLAH. Gelar yang diakui oleh seluruh masyarakat jika memang RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tidak pernah berbohong sedikitpun sejak kecil hingga dewasa.

السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Setelah kita tahu bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bukan hanya sebagai panutan & teladan bagi kita, tapi juga memiliki gelar AL-AMIN yang tidak pernah berbohong sedikitpun sejak kecil, dan sebagai bahan renungan… Apakah saudara terutama saudari percaya pada Hadits ini?

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: 

Ada dua golongan penghuni neraka yang belumku lihat, seorang bawa cambuk bagai ekor sapi memukuli orang & wanita berpakaian tapi telanjang, jalan lenggak-lenggok, kepala bagai pundak unta miring, tak akan masuk syurga & tak akan mencium bau syurga & sesungguhnya aroma syurga tercium dari jarak sekian sampai sekian. 
HR.Muslim

Saudaraku, adakah saudara kita seperti ini? Beritahu mereka sebab kewajipanmu hanya menyampaikan (Qs.42:48)

Apa yang menghalangimu dari bertudung & berjilbab wahai saudari muslimah tercintaku…

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sangat sayang pada kita, Beliau hanya mengharapkan keimanan & keselamatan kita di akhirat kelak.

Dewasa ini banyak saudari kita yang merasa jalan fikiran dan akalnya lebih baik dibanding perintah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam Al Quran. Tujuan utama berkerudung ialah menjaga kesucian hati dan jiwa bagi kaum adam, disamping masih banyak pula tujuan-tujuan lain yang telah ditetapkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Bagaimana perasaan saudari di akhirat kelak jika Nabi SAW dimintai tanggungjawab akan umatnya?

Saudari akan dipanggil menghadap ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan saksi RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM?
Apa yang beliau rasakan jika menjumpai muslimah yang meninggal tetap dalam keadaan membuka aurat, tidak bertudung & berjilbab?

Qs.9 Taubah:128. Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.

Mengapa Saya Pilih Bertudung & Berbaju Jilbab?

1. Menjalankan syiar Islam.

2. Berniat untuk ibadah.

3. Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.

4. Kerana saya ingin taat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezeki, melindungi, dan menolong saya.

5. Kerana saya ingin taat kepada RasulNya, pembimbing umat dengan risalah beliau.

6. Untuk memperoleh Reda ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (In sya ALLAH).

7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmatNya yang tiada putus.

8. Seluruh ulama sepakat bahawa hukum mengenakan jilbab itu wajib.
QS.24:31. 

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

9. Agar kaum wanita menutup auratnya.

10. Bukan kerana gaya-gayaan.

11. Bukan kerana mengikut trend.

12. Bukan kerana berlagak sok suci.

13. Lebih baik sok suci dari pada sok zalim.

14. Tidak sekadar bermaksud agar berbeza dari yang lain.

15. Meninggikan darjat wanita dari belenggu kehinaan yang hanya menjadi objek nafsu semata.

16. Jilbab sesuai untuk semua wanita yang mahu menjaga dirinya dari objek nafsu semata.

17. Saya ingin menjadi wanita solehah.

18. Saya tengah berusaha mencapai darjat takwa.

19. Jilbab adalah pakaian takwa.

20. Jilbab adalah identiti wanita muslimah.

21. Diawali dengan mengenakan jilbab, saya ingin menapak jalan ke syurga.

22. Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian.

23. Isteri-isteri RASULULLAH berbusana muslimah.

24. Para sahabiah (sahabat RASULULLAH yang wanita) juga berbusana muslimah.
QS.7 A’raaf:26. 

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan ALLAH, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

25. Mereka merupakan panutan seluruh muslimah, begitu juga saya.

26. Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberikan kepada kita balasan jannah yang sama seperti mereka.

27. Untuk meninggikan izzah Islam.

28. Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah).

29. Jilbab lebih melindungi diri dari godaan lelaki.

30. Membuat saya lebih merasa aman.

31. Menjaga diri dari gangguan lelaki usil.

32. Menjaga diri dari objek pandangan lelaki yang hanya ingin ‘cuci mata’.

33. Menjaga diri dari objek syahwat lelaki.

34. Menjaga diri dari mata lelaki yang jelalatan.

35. Menjaga diri dari tangan-tangan usil yang ingin menjamah.

36. Menghindari zina mata dan zina hati.

37. Merupakan pencegahan dari perbuatan zina itu sendiri.

38. Jilbab dapat menghindari saya dari sikap-sikap yang negatif.

39. Jilbab dapat menghapus keinginan-keinginan yang menyimpang.

40. Membuat saya lebih bersahaja.

41. Membuat saya lebih khusyuk.

42. Mejauhkan saya dari perbuatan dosa (in sya ALLAH).

43. Membuat saya malu bila berbuat dosa.

44. Mendekatkan saya pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

45. Mendekatkan saya pada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.

46. Mendekatkan saya pada nabi-nabiNya.

47. Mendekatkan saya pada sesama muslim.

48. Mendekatkan saya pada ajaran Islam.

49. Membuat saya tetap ingin belajar tentang Islam.

50. Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran Islam.

51. Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran Islam.

52. Ajaran Islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yang kuno.

53. Berjilbab bukan sesuatu yang kuno.

54. Mengatakan berjilbab itu kuno bererti telah menggugat autoriti ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

55. ALLAH Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik bagi umatNya.

56. Berjilbab, bererti menandakan kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.

57. Merupakan satu barometer telah terbentuknya suatu lingkungan yang Islami.

58. Membezakan diri dari penganut agama lain.

59. Memudahkan dalam pengidentifikasikan sesama saudari seiman.

60. Memperkuat tali silaturahmi dan ukuwah sesama muslimah.

61. Menghilangkan keraguan saya bila ingin menyapa saudari muslimah.

62. Memudahkan menanamkan rasa sayang-menyayangi sesama saudara/saudari seiman.

63. Membuat saya lebih terlihat anggun.

64. Membuat saya terlihat menyenangkan.

65. Membuat saya lebih terlihat wanita.

66. Tidak terlihat seperti lelaki.

67. Membuat saya selalu berada dalam lingkungan yang Islami.

68. Jilbab menjaga saya dari pergaulan yang salah.

69. Memudahkan saya, dengan izin ALLAH, mengenal lelaki yang soleh.

70. Wanita yang baik (solehah) dengan lelaki yang baik (soleh) pula.

71. Mudah-mudahan saya diberi jodoh lelaki yang soleh.

72. Jodoh merupakan urusan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

73. Dengan ketaatan pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALAALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan memberikan kemudahanNya.

74. Memudahkan saya dalam beraktiviti.

75. Membuat lebih mudah bergerak.

76. Jilbab menjagaku sehingga tidak terlihat lekuk-lekuk tubuh.

77. Sangat susah bila memakai pakaian wanita seperti trend saat ini (yang ketat).

78. Saya tidak suka memakai celana jeans.

79. Celana jeans yang ketat dapat menyebabkan kanser rahim kerana suhu di sekitar rahim tidak beraturan.

80. Menghemat waktu dalam berpakaian.

81. Menghemat waktu dalam berhias.

82. Tidak perlu repot-repot selalu berusaha mengikuti trend mode yang berkembang.

83. Menghemat biaya untuk membeli pakaian yang sedang trend.

84. Menghemat biaya untuk membeli make up.

85. Melindungi kulit wajah dari make up yang dapat merosakkan kulit.

86. Melindungi kulit dari sengatan sinar matahari.

87. Meminimalkan penyakit kanser kulit.

88. Sengatan matahari dapat mengurangi kelembaban kulit sehingga kulit jadi kering.

89. Meminimalkan munculnya bintik-bintik hitam pada permukaan kulit akibat perubahan pigmen di usia tertentu.

90. Melindungi rambut dari debu-debu yang berterbangan.

91. Debu-debu itu dapat mengotori rambut dan menyebabkan rambut mudah rontok yang berakibat kebotakan.

92. Menuntun saya untuk hidup lebih sederhana.
QS.33 Ahzab:59.

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

93. Menghindari hidup yang konsumtif.

94. Membuat diri tidak silau dengan kemegahan dunia dan segala perhiasannya.

95. Membuat saya lebih memikirkan hal lain selain mode dan perhiasan.

96. Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan ummat.

97. Lebih mudah dalam menabung.

98. Memiliki kesempatan untuk melakukan ibadah haji.

99. Memiliki kesempatan lebih banyak untuk berinfaq dan sedekah.

100. Itu bererti lebih banyak beramal untuk bekalan di akhirat

101. Meneladani Siti Maryam, Ibunda Nabi Isa AS

102. Menuruti perintah Nabi Isa AS & para Nabi terdahulu. Berdasar ayat alkitab “Injil”:

1 Korintus 11:5 Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau berbuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.

11:6 Sebab jika perempuan tidak mahu menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.

11:7 Sebab lelaki tidak perlu menudungi kepalanya: ia menyinarkan gambaran dan kemuliaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan lelaki.

11:8 Sebab lelaki tidak berasal dari perempuan, tetapi perempuan berasal dari lelaki.

11:9 Dan lelaki tidak diciptakan kerana perempuan, tetapi perempuan diciptakan kerana lelaki.

11:10 Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh kerana para malaikat.

11:11 Namun demikian, dalam Tuhan tidak ada perempuan tanpa lelaki dan tidak ada lelaki tanpa perempuan.

11:12 Sebab sama seperti perempuan berasal dari lelaki, demikian pula lelaki dilahirkan oleh perempuan; dan segala sesuatu berasal dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

11:13 Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada allah dengan kepala yang tidak bertudung?

103. Memurnikan ajaran yang telah hilang dari umat terdahulu.

104. Melaksanakan perintah tidak hanya dalam Al Quran, tapi juga Taurat, Zabur (Mazmur) & Injil.

105. Membuktikan jika umat lain telah menghilangkan ajaran para Nabi terdahulu.

106. Melindungi diri dari api neraka.

107. Menjaga kesucian jiwa orang lain.

108. Mengingatkan orang lain pada perintah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

109. Mengikuti Jalan, Hidup & Kebenaran yg diajarkan oleh Nabi Isa AS.

110. Sampai kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA melalui jalan Nabi Isa AS yang telah dihilangkan oleh umat terdahulu & dimurnikan kembali oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam Al Quran melalui RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.

111. Lebih berharga jika tertutup rapih dibanding dibuka percuma/free untuk dilihat.

112. Hemat & Tabungan dapat digunakan untuk jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

113. memberi contoh baik bagi anak & sekitar.

114. What next???

Posting hari lalu tentang bahawa bertudungpun sebetulnya tertulis jelas dalam alkitab. 

Kristian sebagai kewajipan bagi wanita tapi diingkari oleh Umat Kristian. Bahkan ayat itu tertulis tidak hanya dalam perjanjian lama, tapi juga perjanjian baru, tapi tetap saja mereka tidak mematuhinya. Hal ini dapat dilihat di sini:

http://islamterbuktibenar.net/?pg=articles&article=13783

Untuk inilah salah satu alasan Islam diturunkan kembali, dengan memurnikan ajaran para Nabi terdahulu yang sudah dihilangkan oleh umat-umat terdahulu.

Saudaraku, silahkan pelajari posting2 hari hari lalu, jika ada orang kufar berani mengganggu iman Islam, maka katakanlah yang HAQ itu HAQ & katakan pulak yang bathil itu bathil. Sampaikanlah dengan hikmah & cara yg baik.

Qs. 29 Ankabuut: 46. 

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka…”

Semoga ini menjadi renungan bagi semua terutama bagi mereka yang murtad hanya kerana dunia.
25 Juta Muslim menjadi Murtad Kafir antara tahun 1950-2004 berdasar 3 sumber rasmi: Pemerintah Demokrasi, Pihak Islam & Pihak Kristian dengan sedikit perbezaan jumlah…

Ini baru yang tercatat, bagaimana dengan yang tidak tercatat?
Berapa jumlah murtadin antara 2005-2010?
Berapa jumlah murtadin sebelum tahun 1950?
Berapa jumlah murtadin di negara lain? Afrika, Malaysia, lainnya?
Belum termasuk yang terpengaruh Liberal berkata semua agama sama?
Berapa jumlah Islam yg setengah hati terpengaruh media massa?
Berapa jumlah muslim yang tak yakin dengan Islam?
Berapa Jumlah “Islam Keturunan”?
Sampai bila kita harus toleransi?
Hak kita untuk membela diri & keturunan kita!
Hidupkan KEWAJIPAN dakwah setiap individu muslim…
Sampaikan dengan hikmah & cara yang baik….

Tidak benar semua agama sama, hanya 1 agama benar! Al Quran menulis: 

Siapa cari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak diterima dariNya, & dia di akhirat termasuk orang-orang rugi.”
(QS.3 Ali ‘Imran:85).

Tidak sempurna iman seorang muslim sampai dia menyayangi muslim lain seperti dirinya sendiri. Dan salah satu wujud sayang itu ialah amar makruf nahi munkar. Kemunkaran yang meraja lela saat ini ialah “Semua Agama Sama”. Mari kita buktikan semua agama tidak sama, hanya Islam saja satu-satunya agama yang TERBUKTI benar!

Rujukan:
http://islamterbuktibenar.net/?pg=custom&id=4535



Tiada ulasan:

Catat Ulasan