Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 11 Disember 2012

K 54 IMAN, ISLAM DAN KIAMAT.






Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya:  Pada suatu hari, ketika RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda :    

Wahai RASULULLAH! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi: Wahai RASULULLAH! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain, mendirikan solat yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai RASULULLAH! Apakah makna Ihsan? RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu.” 
Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai RASULULLAH! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya pengembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Kemudian RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM membaca ayat:

 إن الله عنده علم الساعة وينزل الغيث ويعلم ما في الأرحام وما تدري نفس ماذا تكسب غدا وما تدري نفس بأي أرض تموت إن الله عليم خبير    

Yang bermaksud: Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorangpun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu sama ada baik atau jahat dan tiada seorangpun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril as. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan