1. SOLAT diabaikan
(diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat
digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau
filem.
3. Rakyat menjadi pemimpin
dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang
menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi
salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram
kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu
keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup
senang.
6. Membayar zakat (harta,
perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut
kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat
berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar
musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin
dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan
(lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai
lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari
dan mendurhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayani
dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan
musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan
malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki
dan perempuan, meninggalkan solat, membuka aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah
tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku pencurian barang di masjid
yang berharga.
15. Ramai yang solat tetapi
munafik dan berpura-pura. Di dalam solat berjanji akan mengikut suruhan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tetapi di luar solat melanggar perintahNya.
16. Akan datang golongan
manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh
dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al Quran dicetak dengan
indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan
kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa
hingga orang alimpun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak
berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan sebagainya.
20. Penganut Islam tidak
mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak
penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi
umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan
yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan