Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 9 Disember 2012

K 41 Tidak ada alasan untuk anda tidak Solat

Mereka solat walau di mana mereka berada - SubhanAllah.

Yaa Allah, jadikanlah diriku insan yang solat dengan penuh keredhaan.

Jadikanlah solatku dengan penuh kemanisan dan kerehatan.

Yaa Allah, dengarlah setiap bacaan dan lafaz yang telahku ukirkan dalam solatku.

Yaa Allah, berkatilah setiap pergerakkan dalam solatku.

Yaa Allah, apakah setiap bacaanku dan perbuatanku serta niatku (lintasan hatiku) menyamai bacaan Rasulullah SAW?

Apakah pergerakkan solatku menyamai pergerakkan  yang Rasulullah SAW semasa mengadapMu?

Apakah niat ikhlasku, Kau terima dengan penuh keredhaan dan kesucian?

Betapa mulianya dan betapa sempurnanya Rasulullah SAW mengadapMu.. Daku yang hidup di zaman tanpa bimbinganMu secara langsung, tanpa kekasihMu di sisi dan tanpa para sahabat RasulMu pasti terlalu mengharap solatku  mendapat sedikit pahala untukku boleh mengadapMu di Akhirat nanti.

Daku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan solatku sebagaimana Solat Rasulullah SAW.

Yaa Allah, terimalah solatku dan solat kedua ibubapaku serta solat semua umat Islam di dunia ini,  Amin Ya Rabbal Alamin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan