1) Penciptaan langsung oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Proses penciptaan
ini adalah bukan melalui hubungan seksual antara leaki dan perempuan. Ini
adalah penciptaan manusia secara langsung olah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebagaimana
diciptakannya Adam Alaihis Salaam yang disebut sebagai manusia tanpa ayah dan
tanpa ibu.
2) Penciptaan melalui seorang lelaki saja. Proses penciptaan ini
dilakukan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA terhadap Siti Hawa (isteri Adam as) melalui tulang rusuk Adam, yang
disebut sebagai manusia tanpa ibu.
3) Penciptaan melalui seorang perempuan saja. Proses penciptaan ini
terjadi pada diri Nabi Isa Alaihis Salaam yang tidak mempunyai ayah kerana
Maryam (ibunya) tidak mempunyai suami seorangpun dan tidak pula pernah
melakukan hubungan seksual dengan lelaki manapun.
4) Penciptaan melalui seorang lelaki dan perempuan. Proses penciptaan
ini adalah proses yang umum terjadi sekarang ini. Semua orang setelah Nabi Isa
as, dilahirkan ke dunia melalui proses penciptaan ini, kecuali untuk ketiga
orang yang telah disebutkan (Adam as, Siti Hawa, dan Isa as), begitu juga
terhadap diri NABI MUHAMMAD
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
Rujukan:
http://www.slideshare.net/Shobrie/kehidupan-manusia-di-dunia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan