Sains astronomi ada menyebut bahawa
kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah
laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika
Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan
tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh
telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini
bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu
disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat
bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah
planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan
tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati
tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya
mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah
tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang
serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya
memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu
bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah
Yang Maha Mengetahui.
TEORI
QURAN VS TEORI BARAT
Kalau dikaji dengan teliti, teori yang
dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama,
Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran
menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori
barat tidak ‘nampak’pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang keduanya, teori Al-Quran nampak
lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal.
Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan
keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat
dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’
(seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagipun
sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan
menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam
sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek
yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000
km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti
rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan
berterbangan.
Lagipun untuk membolehkan bumi berputar
pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan
lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz
komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan
lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak
akan ‘terbit dari barat’.
Yang ketiga, teori Al-Quran adalah
lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi.
Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini
bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam
hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan
dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan
manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan
(15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa
tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih
menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’
jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi),
dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Kedua-dua permukaan ini
mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti,
kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan
sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti,
mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan
magnet bumi bertindak balas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan