Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 30 September 2013

L 98 ; Surah 80 : 'ABASA (IA BERMUKA MASAM)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  

Surah 'Abasa terdiri atas 42 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah An Najm. Dinamai 'Abasa diambil dari perkataan 'Abasa yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Menurut riwayat, pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. menerima dan berbicara dengan pemuka-pemuka Quraisy yang beliau harapkan agar mereka masuk Islam. Dalam pada itu datanglah Ibnu Ummi Maktum, seorang sahabat yang buta yang mengharap agar Rasulullah s.a.w. membacakan kepadanya ayat-ayat al Quran yang telah diturunkan Allah. tetapi Rasulullah s.a.w. bermuka masam dan memalingkan muka dari Ibnu Ummi Maktum yang buta itu, lalu Allah menurunkan surat ini sebagai teguran atas sikap Rasulullah terhadap ibnu Ummi Maktum itu.


Pokok-pokok isinya:


1. Keimanan:

Dalil-dalil keesaan Allah; keadaan manusia pada hari kiamat.


2. Dan lain-lain:

Dalam berdakwah hendaknya memberikan penghargaan yang sama kepada orang-orang yang diberi dakwah; cercaan Allah kepada manusia yang tidak mensyukuri nikmatNya.

 

TEGURAN KEPADA RASULULLAH S.A.W.

 

1. Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah S.80:1 turun berkenaan dengan Ibnu Ummi Maktum yang buta yang datang kepada Rasulullah saw. sambil berkata: "Berilah petunjuk kepadaku ya Rasulullah." Pada waktu itu Rasulullah saw. sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap menghadapi pembesar-pembesar Quraisy. Ummi Maktum berkata: "Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?" Rasulullah menjawab: "Tidak." Ayat ini (S.80:1-10) turun sebagai teguran atas perbuatan Rasulullah saw.

(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim yang bersumber dari 'Aisyah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Ya'la yang bersumber dari Anas.)

 

2. kerana telah datang seorang buta kepadanya[1554].

 [1554]. Orang buta itu bernama Abdullah bin Ummi Maktum. Dia datang kepada Rasulullah s.a.w. meminta ajaran-ajaran tentang Islam; lalu Rasulullah s.a.w. bermuka masam dan berpaling daripadanya, kerana beliau sedang menghadapi pembesar Quraisy dengan pengharapan agar pembesar-pembesar tersebut mahu masuk Islam. Maka turunlah surat ini sebagai teguran kepada Rasulullah s.a.w.

 

3. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa),

 

4. atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?

 

5. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup[1555],

 [1555]. Iaitu pembesar-pembesar Quraisy yang sedang dihadapi Rasulullah s.a.w. yang diharapkannya dapat masuk Islam.

 

6. maka kamu melayaninya.

 

7. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).

 

8. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),

 

9. sedang ia takut kepada (Allah),

 

10. maka kamu mengabaikannya.

 

11. Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,

 

12. maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya,

 

13. di dalam kitab-kitab yang dimuliakan[1556],

 [1556]. Maksudnya: kitab-kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi yang berasal dari Lauhul Mahfuzh.

 

14. yang ditinggikan lagi disucikan,

 

15. di tangan para penulis (malaikat),

 

16. yang mulia lagi berbakti.


17. Binasalah manusia; alangkah amat sangat kekafirannya?
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ayat ini (S.80:17) turun berkenaan dengan Utbah bin Abi Lahab yang berkata: "Aku kufur terhadap Tuhan Bintang." Ayat ini menegaskan bahawa manusia akan tercela kerana kekufurannya.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir yang bersumber dari Ikrimah).

 

18. Dari apakah Allah menciptakannya?

 

19. Dari setitis mani, Allah menciptakannya lalu menentukannya[1557].

 [1557]. Yang dimaksud dengan menentukannya ialah menentukan fasa-fasa kejadiannya, umurnya, rezekinya, dan nasibnya

 

20. Kemudian Dia memudahkan jalannya.[1558]

 [1558]. Memudahkan jalan maksudnya memudahkan kelahirannya atau memberi persediaan kepadanya untuk menjalani jalan yang benar atau jalan yang sesat.

 

21. kemudian Dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam kubur,

 

22. kemudian bila Dia menghendaki, Dia membangkitkannya kembali.

 

23. Sekali-kali jangan; manusia itu belum melaksanakan apa yang diperintahkan Allah kepadanya,

 

24. maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.

 

25. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit),

 

26. kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya,

 

27. lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu,

 

28. anggur dan sayur-sayuran,

 

29. zaitun dan kurma,

 

30. kebun-kebun (yang) lebat,

 

31. dan buah-buahan serta rumput-rumputan,

 

32. untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu.

 

33. Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua),

 

34. pada hari ketika manusia lari dari saudaranya,

 

35. dari ibu dan bapanya,

 

36. dari isteri dan anak-anaknya.

 

37. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.

 

38. Banyak muka pada hari itu berseri-seri,

 

39. tertawa dan bergembira ria,

 

40. dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu,

 

41. dan ditutup lagi oleh kegelapan[1559].

 [1559]. Maksudnya mereka ditimpa kehinaan dan kesusahan

 

42. Mereka itulah orang-orang kafir lagi durhaka.

 

Surah 'Abasa mengandung teguran Allah kepada Rasululah s.a.w. yang lebih mengutamakan pembesar-pembesar Quraisy yang diharapkan agar mereka masuk Islam daripada Ibnu Ummi Maktum yang buta, tapi telah diyakini keimanannya; Al Quran adalah sebagai peringatan; dan salah satu sifat manusia ialah tidak mensyukuri nikmat Allah.


HUBUNGAN SURAH 'ABASA DENGAN SURAH AT TAKWIIR


1. Sama-sama menerangkan tentang huru-hara pada hari kiamat.


2. Sama-sama menerangkan bahawa manusia pada hari kiamat terbagi dua.


3. Pada surah 'Abasa Allah s.w.t. menegur Muhammad s.a.w. sedang dalam surat At Takwiir Allah menegaskan bahawa Muhammad s.a.w. adalah seorang Rasul yang mulia.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan