Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 3 Oktober 2013

L 112 ; Surah 94 : ALAM NASYRAH (BUKANKAH KAMI TELAH MELAPANGKAN)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah ini terdiri atas 8 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah dan diturunkan sesudah surah Adh Dhuhaa. Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti: bukankah Kami telah melapangkan.

Pokok-pokok isinya:

Penegasan tentang nikmat-nikmat Allah swt yang diberikan kepada Nabi Muhammad saw dan pernyataan Allah swt bahawa disamping kesukaran ada kemudahan kerana itu diperintahkan kepada Nabi saw agar tetap melakukan amal-amal soleh dan bertawakal kepadaNya.

PERINTAH ALLAH KEPADA MUHAMMAD SAW AGAR TERUS BERJUANG DENGAN IKHLAS DAN TAWAKAL.

1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
Menurut as-Suyuthi ayat ini (S.94:1-8) turun ketika kaum musyrikim memperolok-olokkan kaum muslimin kerana kekafirannya.

2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika turun ayat ini (S.94:2-6) Rasulullah SAW. bersabda: "Bergembiralah kalian kerana akan datang kemudahan bagi kalian. Kesusahan tidak akan mengalahkan dua kemudahan."
(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari al-Hasan.)

3. yang memberatkan punggungmu[1584]?
[1584]. Yang dimaksud dengan beban di sini ialah kesusahan-kesusahan yang diderita Nabi Muhammad s.a.w. dalam menyampaikan risalah.

4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu[1585],
[1585]. Meninggikan nama Nabi Muhammad s.a.w di sini maksudnya ialah meninggikan darjat dan mengikutkan namanya dengan nama Allah swt dalam kalimat syahadat, menjadikan taat kepada Nabi saw termasuk taat kepada Allah swt dan lain-lain.

5. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain[1586],
[1586]. Maksudnya: sebahagian ahli tafsir menafsirkan apabila kamu (Muhammad) telah selesai berdakwah maka beribadatlah kepada Allah; apabila kamu telah selesai mengerjakan urusan dunia maka kerjakanlah urusan akhirat, dan ada lagi yang mengatakan: Apabila telah selesai mengerjakan solat berdoalah.

8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

 

Surah Alam Nasyrah ini merupakan tasliyah (penghibur hati) bagi Nabi Muhammad s.a.w.


HUBUNGAN SURAH ALAM NASYRAH DENGAN SURAH AT TIIN


Dalam suraH Alam Nasyrah, Allah s.w.t. menjelaskan perintah kepada Nabi Muhammad s.a.w selaku manusia sempurna. Maka dalam surah At Tiin, diterangkan bahawa manusia itu adalah makhluk Allah swt yang mempunyai kesanggupan baik lahir maupun batin. Kesanggupannya itu menjadi kenyataan bila mana mereka mengikuti jejak Nabi Muhammad s.a.w.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan