Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Surah Ath Thaariq terdiri atas 17 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al Balad. Dinamai Ath Thaariq (yang datang di malam hari) diambil dari perkataan Ath Thaariq yang terdapat pada ayat 1 surah ini.
Pokok-pokok isinya:
Tiap-tiap jiwa selalu dipelihara dan diawasi Allah; merenungkan asal kejadian diri sendiri iaitu dari air mani akan menghilangkan sifat sombong dan takbur; Allah kuasa menghidupkan manusia kembali pada hari kiamat, pada hari itu tidak ada kekuatan yang dapat menolong selain Allah; al Quran adalah pemisah antara yang hak dan yang batil.
TIAP-TIAP MANUSIA ITU ADA YANG MENJAGANYA
1. Demi langit dan yang datang pada malam hari,
2. tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu?
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ayat ini (S.86:2-5) turun berkenaan dengan Abbil Assad yang berdiri di atas kulit yang sudah disamak sambil berkata dengan sombong: "Hai golongan Quraisy, barangsiapa yang boleh memindahkan aku dari kulit akan aku beri hadiah." Selanjutnya ia berkata: "Muhammad menganggap bahawa penjaga pintu jahanam itu berjumlah 19. Aku sendiri sanggup mewakili kalian mengalahkan yang 10 dan kalian mengalahkan yang 9 lagi." Ayat ini (S.86:2-5) turun sebagai sindirin terhadap perbuatan mereka.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari 'Ikrimah.)
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari 'Ikrimah.)
3. (iaitu) bintang yang cahayanya menembus,
4. tidak ada suatu jiwapun (diri) melainkan ada penjaganya.
ALLAH YANG KUASA MENCIPTAKAN MANUSIA, KUASA PULA MEMBANGKITKANNYA
5. Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan?
6. Dia diciptakan dari air yang dipancarkan,
7. yang keluar dari antara tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan.
8. Sesungguhnya Allah benar-benar kuasa untuk mengembalikannya (hidup sesudah mati).
9. Pada hari dinampakkan segala rahsia,
10. maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu suatu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong.
AL QURAN PEMISAH ANTARA YANG HAK DAN YANG BATHIL
11. Demi langit yang mengandung hujan[1570]
[1570]. Raj'i bererti kembali. Hujan dinamakan raj'i dalam ayat ini, kerana hujan itu berasal dari wap yang naik dari bumi ke udara, kemudian turun ke bumi, kemudian kembali ke atas, dan dari atas kembali ke bumi dan begitulah seterusnya.
12. dan bumi yang mempunyai tumbuh-tumbuhan,
13. sesungguhnya al Quran itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang bathil.
14. dan sekali-kali bukanlah dia senda gurau.
15. Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya.
16. Dan Akupun membuat rencana (pula) dengan sebenar-benarnya.
17. Kerana itu beri tangguhlah orang-orang kafir itu iaitu beri tangguhlah mereka itu barang sebentar.
Surah Ath Thaariq menerangkan bahawa tiap-tiap diri tidak luput dari pengawasan Allah. Sebagaimana Allah menciptakan manusia, maka Allah dapat pula menghidupkan kembali bila ia telah mati; keterangan tentang al Quran; bujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. terhadap tipu daya orang- orang kafir.
HUBUNGAN SURAH ATH THAARIQ DENGAN SURAH AL A'LAA
Pada surah Ath Thaariq diterangkan tentang penciptaan manusia dan diisyaratkan pula penciptaan tumbuh-tumbuhan, sedang pada surah Al A'laa diterangkan bahawa Allah menciptakan alam dengan sempurna dan dengan ukuran-ukuran tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan