Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 4 Oktober 2013

L 114 ; Surah 96 : AL 'ALAQ (SEGUMPAL DARAH)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  

Surah Al 'Alaq terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah. Ayat 1 sampai dengan 5 dari surah ini adalah ayat-ayat al Quran yang pertama sekali diturunkan, iaitu di waktu Nabi Muhammad s.a.w. berkhalwat di gua Hira'. Surah ini dinamai Al 'Alaq (segumpal darah), diambil dari perkataan Alaq yang terdapat pada ayat 2 surah ini. Surah ini dinamai juga dengan Iqra atau Al Qalam.


Pokok-pokok isinya:


Perintah membaca al Quran; manusia dijadikan dari segumpal darah; Allah menjadikan kalam sebagai alat mengembangkan pengetahuan; manusia bertindak melampaui batas kerana merasa dirinya serba cukup; ancaman Allah terhadap orang-orang kafir yang menghalang-halangi kaum muslimin melaksanakan perintahNya.

 

TULIS BACA ADALAH KUNCI ILMU PENGETAHUAN.

 

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

 

2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

 

3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,

 

4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam[1589],

[1589]. Maksudnya: Allah mengajar manusia dengan perantaraan tulis baca.

 

5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

 

MANUSIA MENJADI JAHAT KERANA MERASA CUKUP.

 

6. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Abu Jahal pernah berkata: "Apakah Muhammad meletakkan mukanya ke tanah (sujud) di hadapan kamu?" Ketika itu orang membenarkannya. Selanjutnya Abu Jahal berkata: "Demi Lata dan 'Uzza, sekiranya aku melihatnya demikian, akan aku injak batang lehernya dan aku benamkan mukanya ke dalam tanah." Ayat ini (S.96:6-19) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir yang bersumber dari Abi Hurairah.)

 

7. kerana dia melihat dirinya serba cukup.

 

8. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

 

9. Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang,

 

10. seorang hamba ketika mengerjakan solat[1590],

[1590]. Yang dimaksud dengan orang yang hendak melarang itu ialah Abu Jahal, yang dilarang itu ialah Rasulullah sendiri. Akan tetapi usaha ini tidak berhasil kerana Abu Jahal melihat sesuatu yang menakutkannya. Setelah Rasulullah selesai solat disampaikan orang berita itu kepada Rasulullah. Kemudian Rasulullah mengatakan: "Kalau jadilah Abu Jahal berbuat demikian pasti dia akan dibinasakan oleh Malaikat."

 

11. bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran,

 

12. atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)?

 

13. Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling?

 

14. Tidaklah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?

 

15. Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya[1591],

 

16. (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

 

17. Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya),

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Nabi saw. sedang solat, datanglah Abu Jahal berkata: "Bukankah aku telah melarang engkau berbuat begini (solat)?" Iapun dibentak oleh Nabi saw. Abu Jahal berkata: "Bukankah engkau tahu bahawa di sini tidak ada yang lebih banyak pengikutnya daripadaku?" Maka Allah menurunkan ayat ini (S.96:17-19) sebagai ancaman kepada orang-orang yang menghalang-halangi melakukan ibadat dan kerana merasa banyak pengikutnya.

(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan yang lainnya yang bersumber dari Ibnu Abbas. Menurut at-Tirmidzi, hadits ini hasan shahih.)

 

18. kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah[1592],

[1592]. Malaikat Zabaniyah ialah malaikat yang menyiksa orang-orang yang berdosa di dalam neraka.

 

19. sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan).

 

Surah Al 'Alaq menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia dari benda yang hina kemudian memuliakannya dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Tetapi manusia tidak ingat lagi akan asalnya, kerana itu dia tidak mensyukuri nikmat Allah swt itu, bahkan dia bertindak melampaui batas kerana melihat dirinya telah merasa serba cukup. 

HUBUNGAN SURAH AL 'ALAQ DENGA SURAH AL QADR


Pada surah Al 'Alaq Allah memerintahkan agar Rasulullah s.a.w. membaca al Quran, sedang pada surah al Qadr, Allah menerangkan tentang permulaan turunnya al Quran.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan