Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 3 Oktober 2013

L 113 ; Surah 95 : AT TIIN (BUAH TIN)



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Surah ini terdiri atas 8 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al Buruuj. Nama At Tiin diambil dari kata At Tiin yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang ertinya buah Tin.

Pokok-pokok isinya:

Manusia makhluk yang terbaik rohaniah dan jasmaniah, tetapi mereka akan dijadikan orang yang amat rendah jika tidak beriman dan beramal soleh; Allah adalah Hakim Yang Maha Adil.

MANUSIA DICIPTAKAN DALAM BENTUK YANG SEBAIK-BAIKNYA.

1. Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun[1587],
[1587.] Yang dimaksud dengan Tin oleh sebahagian ahli Tafsir ialah tempat tinggal Nabi Nuh, iaitu Damaskus yang banyak pohon Tin; dan Zaitun ialah Baitul Maqdis yang banyak tumbuh Zaitun.

2. dan demi bukit Sinai[1588],
[1588]. Bukit Sinai iaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu dari Tuhannya.

3. dan demi kota (Mekah) ini yang aman,

4. sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .

5. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah S.95:5 mengandungi erti ke tingkat pikun (seperti bayi lagi). Oleh kerana itu Rasulullah saw. ditanya tentang (kedudukan) orang yang telah pikun itu. Maka Allah menurunkan ayat selanjutnya (S.95:6) yang menegaskan bahawa mereka yang beriman dan beramal soleh sebelum pikun akan mendapat pahala yang tidak putus-putusnya. 
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari al-'ufi yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

6. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.

7. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?

8. Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?

Surah At Tiin menerangkan kedudukan manusia dan keadilan Allah s.w.t.


HUBUNGAN SURAH AT TIIN DENGAN SURAH AL 'ALAQ


1. Surah At Tiin menerangkan bentuk kejadian manusia dan surah Al 'Alaq menerangkan bahawa manusia dijadikan pada permulaannya dari segumpal darah.


2. Pada surah Al 'Alaq dijelaskan lagi beberapa sifat-sifat manusia yang menjadikan mereka hina dan sengsara, dan sifat-sifat manusia yang menjadikan mereka berbahagia.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan