Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Surah ini terdiri atas 8 ayat, termasuk golongan surah-surah Madaniyah diturunkan sesudah surah An Nisaa'. Nama Al Zalzalah diambil dari kata: Zilzaal yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bererti goncangan.
Pokok-pokok isinya:
Kegoncangan bumi yang amat hebat pada hari kiamat dan kebingungan manusia ketika itu; manusia pada hari kiamat itu dikumpulkan untuk dihisab segala amal perbuatan mereka.
DI HARI BERBANGKIT
MANUSIA MELIHAT BALASAN PERBUATANNYA BIARPUN YANG SEBESAR ZARAH.
1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat),
2. dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang
dikandung)nya,
3. dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (menjadi
begini)?"
4. pada hari itu bumi
menceritakan beritanya,
5. kerana sesungguhnya
Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.
6. Pada hari itu manusia
ke luar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada
mereka (balasan) pekerjaan mereka[1596],
[1596]. Maksudnya ada di antara mereka
yang putih mukanya dan ada pula yang hitam dan sebagainya.
7. Barangsiapa yang
mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.
Dalam suatu riwayat
dikemukakan bahawa ketika turun surat Al Insaan ayat 8 kaum Muslimin menganggap
bahawa orang yang bersedekah sedikit tidak akan memperoleh pahala dan
menganggap pula bahawa orang yang berbuat dosa kecil seperti berbohong,
mengumpat, mencuri penglihatan dan sebangsanya tidak tercela serta menganggap
bahawa ancaman api nereka dari Allah disediakan bagi orang yang berbuat dosa
besar. Maka turunlah ayat ini (S.99:7,8) sebagai bantahan terhadap anggapan
mereka itu,
(Diriwayatkan oleh Ibnu
Abi Hatim yang bersumber dari Sa'id bin Jubair.)
8. kemudian kamu pasti
akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di
dunia itu).
Surah
Az Zalzalah menerangkan tanda-tanda permulaan hari kiamat dan pada hari itu
manusia akan melihat sendiri hasil perbuatan mereka, baik ataupun buruk,
meskipun sebesar zarah.
HUBUNGAN SURAH AZ ZALZALAH DENGAN SURAH AL 'AADIYAAT
Surah Az Zalzalah menerangkan balasan atas perbuatan yang baik dan yang buruk, sedang pada surah Al 'Aadiyat Allah s.w.t. mencela orang-orang yang telah mencintai kehidupan dunia dan mengabaikan kehidupan akhirat dan tidak mempersiapkan diri mereka untuk kehidupan akhirat itu dengan amal kebajikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan