Dengan
nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Surah
Al 'Ashr terdiri atas 3 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah,
diturunkan sesudah surah Alam Nasyrah. Dinamai Al 'Ashr (masa) diambil
dari perkataan Al 'Ashr yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Pokok-pokok isinya:
Semua manusia berada dalam keadaan merugi apabila dia tidak mengisi waktunya dengan perbuatan-perbuatan baik.
AMAT RUGILAH MANUSIA YANG TIDAK MEMANFAATKAN WAKTUNYA UNTUK
BERBAKTI.
1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia
itu benar-benar dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang
yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati
kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Surah
ini menerangkan bahawa manusia yang tidak dapat menggunakan masanya dengan
sebaik-baiknya termasuk golongan yang merugi.
HUBUNGAN SURAH AL 'ASHR DENGAN SURAH AL HUMAZAH
HUBUNGAN SURAH AL 'ASHR DENGAN SURAH AL HUMAZAH
Pada surah Al 'Ashr, ALLAH SWT menerangkan sifat-sifat orang yang tidak merugi, sedang dalam surah Al Humazah, ALLAH SWT menerangkan beberapa sifat orang yang selalu merugi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan