Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 4 Oktober 2013

L 118 ; Surah 100 : AL 'AADIYAAT (KUDA PERANG YANG BERLARI KENCANG)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah ini terdiri atas 11 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al'Ashr. Nama Al 'Aadiyaat diambil dari kata Al 'Aadiyaat yang terdapat pada ayat pertama surah ini, ertinya yang berlari kencang. 

Pokok-pokok isinya:

Ancaman 
ALLAH SWT kepada manusia yang ingkar dan yang sangat mencintai harta benda bahawa mereka akan mendapat balasan yang setimpal di kala mereka dibangkitkan dari kubur dan di kala isi dada mereka ditampakkan.

MANUSIA MENJADI KIKIR KERANA TAMAKNYA KEPADA HARTA.

1. Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah,

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa rasulullah saw. mengutus sepasukan kuda akan tetapi setelah sebulan lamanya pasukan itu tak ada kabar beritanya. Maka turunlah ayat ini (S.100:1-5) sebagai pemberitahuan tentang pasukan tersebut yang sedang bertempur melawan musuh, dan melukiskan kepahlawanan mereka.
(Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Ibnu Abi Hatim dan al-Hakim yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

2. dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya),

3. dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi,

4. maka ia menerbangkan debu,

5. dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh,

6. sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya,

7. dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya,

8. dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya kepada harta[1597].
[1597]. Sebahagian ahli tafsir menerangkan bahawa maksud ayat ini ialah: manusia itu sangat kuat cintanya kepada harta sehingga ia menjadi bakhil.

9. Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur,

10. dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada,

11. sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.

Surah Al 'Aadiyaat menjelaskan sifat-sifat buruk manusia dan kebangkitan mereka serta pembalasan kepada mereka pada hari kiamat.

HUBUNGAN SURAH AL 'AADIYAAT DENGAN SURAH AL QAARI'AH



Surah Al 'Aadiyaat ditutup dengan penyebutan hari kiamat, sedang Surah Al Qaari'ah seluruhnya menjelaskan tentang hari kiamat itu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan