Dengan
nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Surah
Al Humazah terdiri atas 9 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah,
diturunkan sesudah surah Al Qiyaamah. Dinamai Al Humazah (pengumpat)
diambil dari perkataan Humazah yang terdapat pada ayat pertama surah
ini.
Pokok-pokok isinya:
Ancaman ALLAH SWT terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan ALLAH SWT.
AMAT CELAKALAH PENIMBUN HARTA YANG TIDAK MENAFKAHKANNYA DI JALAN
ALLAH.
1. Kecelakaanlah bagi
setiap pengumpat lagi pencela,
Dalam suatu riwayat
dikemukakan bahawa Utsman dan Ibnu Umar berkata: "Masih segar terdengar di
telinga kami bahawa ayat ini (S.104:1,2) turun berkenaan dengan Ubay bin
Khalaf, seorang tokoh Quraisy yang kaya raya, yang selalu mengejek dan menghina
Rasul dengan kekayaannya."
Diriwayatkan oleh Ibnu
Abi hatim yang bersumber dari Utsman dan Ibnu Umar.)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.104:1,2,3) turun berkenaan dengan al-Akhnas bin Syariq yang selalu mengejek dan mengumpat orang. Ayat ini turun berkenaan sebagai teguran terhadap perbuatan seperti itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim yang bersumber dari as-Suddi.)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.104:1,2,3) turun berkenaan dengan al-Akhnas bin Syariq yang selalu mengejek dan mengumpat orang. Ayat ini turun berkenaan sebagai teguran terhadap perbuatan seperti itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim yang bersumber dari as-Suddi.)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.104:1-3) turun berkenaan dengan Jamil bin Amir al-Jumbi seorang tokoh musyrik yang selalu mengejek dan menghina orang.
(Diriwayatkan oleh Ibnu
jarir yang bersumber dari seorang suku Riqqah.)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Ummaiah bin Khalaf selalu mencela dan menghina Rasulullah apabila berjumpa dengannya. Maka ALLAH SWT menurunkan ayat ini (S.104: sampai akhir surat) sebagai ancaman siksa yang sangat dahsyat terhadap orang-orang yang mempunyai anggapan dan berbuat seperti itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnul
Mundzir yang bersumber dari Ibnu Ishaq.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan