Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 2 Oktober 2013

L 108 ; Surah 90 : AL BALAD (Negeri)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Surah Al Balad terdiri atas 20 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah Qaaf. Dinamai Al Balad, diambil dari perkataan Al Balad yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Yang dimaksud dengan kota di sini ialah Kota Mekah.

Pokok-pokok isinya:

Manusia diciptakan Allah untuk berjuang menghadapi kesulitan; janganlah manusia terpedaya oleh kekuasaan dan harta benda yang banyak yang telah dibelanjakannya; beberapa peringatan kepada manusia atas beberapa nikmat yang telah diberikan Allah kepadanya dan bahawa Allah telah menunjukkan jalan-jalan yang akan menyampaikannya kepada kebahagiaan dan yang akan membawanya kepada kecelakaan.

HIDUP MANUSIA PENUH DENGAN PERJUANGAN.

1. Aku benar-benar bersumpah dengan kota ini (Mekah),

2. dan kamu (Muhammad) bertempat di kota Mekah ini,

3. dan demi bapa dan anaknya.

4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.

5. Apakah manusia itu menyangka bahawa sekali-kali tiada seorangpun yang berkuasa atasnya?

6. Dan mengatakan: "Aku telah menghabiskan harta yang banyak."

7. Apakah dia menyangka bahawa tiada seorangpun yang melihatnya?

8. Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua biji mata,

9. lidah dan dua ulas bibir.

10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan[1578],
[1578]. Yang dimaksud dengan dua jalan ialah jalan kebajikan dan jalan kejahatan.

11. Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar.

12. Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu?

13. (iaitu) melepaskan budak dari perbudakan,

14. atau memberi makan pada hari kelaparan,

15. (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat,

16. atau kepada orang miskin yang sangat fakir.

17. Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.

18. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan.

19. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri.

20. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat.

Surah Al Balad mengutarakan bahawa manusia haruslah bersusah payah mencari kebahagiaan dan Allah sendiri telah menunjukkan jalan yang membawa kepada kebaikan, dan jalan yang membawa kepada kesengsaraan. Tuhan menggambarkan bahawa jalan yang membawa kepada kebahagiaan itu lebih sulit menempuhnya daripada yang membawa kepada kesengsaraan.

HUBUNGAN SURAH AL BALAD DENGAN SURAH ASY SYAMS

1. Kedua-dua surah ini sama-sama menerangkan bahawa Allah telah menunjukkan kepada manusia dua buah jalan iaitu jalan yang pada surah Asy Syams disebut jalan kefasikan dan jalan ketakwaan.

2. Pada surah Asy Syams ditegaskan bahawa orang yang menjalani jalan ketakwaan itu akan berbahagia dan orang yang menjalani jalan kefasikan itu akan merugi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan