Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Surah ini terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, dan diturunkan sesudah surah At Takwiir. Nama Al A´laa diambil dari kata Al A´laa yang terdapat pada ayat pertama, bererti Yang Paling Tinggi. Muslim meriwayatkan dalam kitab Al Jumu'ah, dan diriwayatkan pula oleh Ashhaabus Sunan, dari Nu'man ibnu Basyir bahawa Rasulullah s.a.w. pada solat dua hari Raya (Fitri dan Adha) dan solat Jumaat membaca surah Al A´laa pada rakaat pertama, dan surat Al Ghaasyiyah pada rakaat kedua.
Pokok-pokok isinya :
Perintah Allah untuk bertasbih dengan menyebut namaNya. Nabi Muhammad s.a.w. sekali-kali tidak lupa pada ayat-ayat yang dibacakan kepadanya. Jalan-jalan yang menjadikan orang bahagia hidup dunia dan akhirat. Allah menciptakan, menyempurnakan ciptaanNya, menentukan kadar-kadar, memberi petunjuk dan melengkapi keperluan-keperluannya sehingga tercapai tujuannya.
BERTASBIH DAN MENSUCIKAN DIRI ADALAH PANGKAL
KEBERUNTUNGAN
1. Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tingi,
2. yang menciptakan, dan menyempurnakan (penciptaanNya),
Dalam suatu riwayat dikemukan bahawa apabila datang Jibril membawa wahyu kepada Nabi SAW. beliau mengulang kembali wahyu itu sebelum Jibril selesai menyampaikannya kerana takut lupa lagi. Maka Allah menurunkan ayat ini (S.87:2-6) sebagai jaminan bahawa Rasul tidak akan lupa pada wahyu yang telah diturunkan.
(Diriwayatkan oleh at-Thabarani yang bersumber dari Ibnu Abbas. Di dalam isnadnya terdapat juwaibir yang sangat lemah.)
3. dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk,
4. dan yang menumbuhkan rumput-rumputan,
5. lalu dijadikanNya rumput-rumput itu kering kehitam-hitaman.
6. Kami akan membacakan (al Quran) kepadamu (Muhammad) maka kamu tidak akan lupa,
7. kecuali kalau Allah menghendaki. Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi.
8. dan Kami akan memberi kamu taufik ke jalan yang mudah[1571],
[1571]. Maksudnya: jalan yang membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.
9. oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat,
10. orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran,
11. dan orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya.
12. (Iaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka).
13. Kemudian dia tidak akan mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup.
14. Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman),
15. dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia solat.
16. Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi.
17. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang dahulu,
19. (iaitu) Kitab-kitab Ibrahim dan Musa
Surah Al A´laa mengemukakan sifat-sifat Allah s.w.t dan salah satu sifat Nabi Muhammad s.a.w. dan orang-orang yang akan mendapat kebahagiaan di akhirat.
HUBUNGAN SURAH AL A´laa DENGAN SURAH AL GHAASYIYAH
Pada surah Al A´laa diterangkan secara umum tentang orang-orang yang beriman, orang yang kafir, syurga dan neraka. Kemudian dalam surah Al Ghaasyiyah dikemukakan kembali dengan cara yang lebih luas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan