Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 8 Februari 2014

O 107 : MENJADI SEORANG ISTERI YANG DIJAMIN MASUK SYURGA

Ukhti, siapakah wanita yang tidak menginginkan menjadi seorang isteri yang demikian?
Tentu semua wanita pasti menginginkannya.
Lalu siapakah isteri-isteri yang mendapatkan jaminan masuk syurga tersebut?
Suatu ketika RASULULLAH SHALLALAHU ALAIHI WASALLAM berkumpul bersama para  sahabat, kemudian Beliau Bersabda :

“Mahukah aku beritahukan kepada kalian? Siapakah isteri-isteri dari kalian yang bakal (masuk) menjadi penghuni syurga?
Lalu sebahagian sahabat RASULULLAH menjawab : "Mahu ya RASULULLAH, siapa sajakah mereka?"
Kemudian RASULULLAH melanjutkan, "Mereka adalah :
Seorang isteri yang penuh kasih sayang dalam keluarganya.
Seorang isteri yang tidak membatasi jumlah keturunannya.
Seorang isteri yang datang kembali (minta maaf) kepada suaminya ketika sang suami marah.
Lalu ia mendatangi sang suami dan meletakkan kedua tangannya pada kedua tangan suaminya serta berkata :
"Kandaku, aku takkan boleh tidur sebelum engkau meredhaiku (memaafkanku).”
(H.R. Nasa'i)


Subhanallah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan