Yakjuj dan Makjuj. Dua perkataan yang membentuk satu
makna iaitu golongan yang membuat kerosakan ke atas muka bumi. Persoalan demi
persoalan. Jawapan demi jawapan. Namun, tiada satu pun yang dapat menggambarkan
Yakjuj dan Makjuj itu melainkan dengan apa yang telah disampaikan kepada kita
dari generasi ke generasi. Apa dia? Yakjuj dan Makjuj itu adalah BINATANG yang
sangat ganas yang akan membuat kerosakan di atas muka bumi ini apabila
menjelangnya hari kiamat yang dijanjikan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada
manusia seluruhnya. Janji Allah s.w.t itu sangat pasti. Namun, aku kini tidak
percaya yang Yakjuj dan Makjuj itu adalah binatang yang membuat kerosakan di
atas muka bumi melainkan mereka juga adalah manusia seperti kita! Bangunlah!
Sedarlah! Kita adalah umat akhir zaman! Hanya menunggu waktu dan ketika untuk
diberikan isyarat kepada malaikat yang bertanggungjawab meniup sangkala
sebanyak 2 kali. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA juga berjanji yang kiamat itu tidak
akan datang melainkan dengan tiba-tiba. Maka, ambillah tahu akan perkara ini
dan diharapkan kita tidak tergolong sebagai orang-orang yang rugi kerana lalai
mengenai perkara ini. Sebarkanlah kepada yang ingin ambil tahu. Mungkin
kepada ketua negara, ketua masjid, ketua imam, ketua bilal, ketua keluarga
ataupun sesiapa sahaja yang anda fikirkan saudara Islam. Persoalan-persoalan
ini diambil daripada buku An
Islamic View of Gog and Magog in the Modern World oleh
Sheikh Imran Hosein. Moga perkongsian ini dapat membuka mata, minda dan hati
kalian yang membacanya.
Wallahu ‘alam.
Persoalan 1: Sama ada tembok menyekat
Yakjuj & Makjuj terbuka?
Tembok menyekat kaum Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:—
“Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj & Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”
al-Anbiyaa’:95-96
“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Yakjuj & Makjuj” adalah Yahudi (Khazar),
dan “meluru turun
dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yakjuj &
Makjuj menguasai dan
menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia. Israel
Allah swt malahan menyatakan “mustahil”
bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok
menyekat Yakjuj & Makjuj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi
telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada
tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?
Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Yakjuj & Makjuj telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Yakjuj & Makjuj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestin.
Fakta kedua menyokong dakwaan tembok
Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA di bawah:
“Maka mereka… tidak dapat menebuknya.”
al-Kahfi:97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat
“menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam
ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA,
iaitu apabila ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.
Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih
Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahawa RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
bersabda:
“Telah mulai terbuka
hari ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini.” RASULULLAH
membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.”
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu
Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Apakah maksud hadis apabila dibaca
bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Yakjuj & Makjuj “tidak dapat
menebuknya”? Ini membuktikan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah melepaskan mereka
kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok.
Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!
Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Yakjuj & Makjuj dilepaskan semasa
zaman kehidupan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM di Madinah, iaitu
selepas Allah swt menukarkan kiblat ke arah Kaabah pada Rejab 2 AH (624 AD).
Meraka yang masih berpegang Yakjuj & Makjuj dilepaskan selepas Dajjal akan
terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan Yakjuj &
Makjuj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali
kepercayaan mereka yang bercanggah dengan al Quran dan bertanya diri sendiri
jawapan bagi persoalan di bawah:
(a) Penjelasan kepulangan orang Yahudi
ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948
(al-Anbiyaa’:95-96), dan
(b) Rasulullah saw menyatakan tembok
telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahfi:97).
(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang
sempurna menghubungkan al Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah
tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala
kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.
Persoalan 2: Sama ada Yakjuj & Makjuj manusia?
Yahudi telah kembali ke Bait al-Maqdis
namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Yakjuj Makjuj berkeliaran dengan
banyak? Sudah tentu tidak kerana Yakjuj & Makjuj adalah manusia. ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA memberikan petunjuk mengenali Yakjuj & Makjuj. Ini
dijelaskan di dalam Surah al-Kahfi:
“Kemudian ia berpatah
balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung,
ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami
perkataan. Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan
Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami
menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok
di antara kami dengan mereka?” Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku
jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah
daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok
penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi,” sehingga apabila ia
terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, diapun
perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu”
sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia:
“Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.” Maka mereka tidak dapat
memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu)
berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu,
apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan
adalah janji Tuhanku itu benar.”
al-Kahfi:92-98
Yakjuj & Makjuj adalah manusia
Yakjuj & Makjuj adalah manusia
1. Tembok buatan manusia hanya untuk manusia.
“…tembok di antara kami
dengan mereka…”
al-Kahfi:97
Mereka yang meminta pertolongan adalah
manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Yakjuj &
Makjuj). Oleh itu dan jika mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu
memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi
tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat
dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.
2. Perbuatan melakukan kerosakan atau
“fasad” ke atas manusia.
“…sesungguhnya kaum
Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi,”
al-Kahfi:94
“…Hanyasanya balasan
orang-orang yang memerangi ALLAH dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan
di muka bumi…”
al-Maa’idah:33
Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan
sesama manusia, dan surah al-Kahfi menyatakan kerosakan dilakukan kepada
manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh
dipertanggungjawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat
pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan
fasad.
3. Yakjuj & Makjuj daripada keturunan manusia.
Daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda.
“Allah berkata, ‘Wahai
Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa
sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaanMu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni
neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus
sembilan puluh sembilan.” Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah
di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan
ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya
satu.”
(HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Yakjuj & Makjuj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.
Oleh itu sekiranya seseorang itu
berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap
berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasbah menyatakan Yakjuj
& Makjuj makhluk ghaib (jin?) tetapi berketurunan nabi-nabi.
4. Yakjuj & Makjuj dimasukkan ke dalam neraka
“…telah tetap hukuman
seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahanam dengan semua
jin dan manusia…”
as-Sajdah:13
Yakjuj & Makjuj adalah makhluk boleh
dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin atau manusia. Yakjuj & Makjuj
berketurunan Nabi Adam as dan oleh itu mereka bukan jin. Ini membuktikan mereka
manusia seperti kita.
Terdapat pelbagai keterangan lain dan
anda boleh merujuk buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World
untuk mendapatkan keterangan penuh berserta gambaran peta dan gunung tersebut.
Persoalan 3: Di manakah kedudukan mereka?
Berdasarkan keterangan Surah al-Kahfi :
92-98, fakta relevan mengenali Yakjuj & Makjuj ialah:
a. Negeri Yakjuj & Makjuj = Khazaria
& Russia (Gog is the Anglo-American-Israeli alliance and Magog is Russia)
b. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju
ke Armenia
c. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
d. Kaum hampir mereka tidak memahami
perkataan = Kaum Armenia
e. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian
Gates
Siapakah kaum Yakjuj & Makjuj?
Mereka puak Khazar, iaitu 98% bangsa Yahudi kita ketahui hari ini. Yahudi
Khazar adalah palsu, dan 12 kaum Yahudi sebenar berkulit gelap, jauh berbeza
dari rupa Yahudi kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau
Mesir menunjukkan Firaun adalah negro, dan orang Yahudi berkulit gelap. Mereka
kaum bersama Nabi Musa as menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula
mereka yang berwajah German atau Rusia boleh mengaku mereka Yahudi? Dari kaum
ke-13? Inilah perdayaan Yakjuj & Makjuj.
Persoalan 4: Di manakah tembok menyekat Yakjuj & Makjuj?
Anda boleh merujuk buku bagi memahami
maksud “tembok yang menyekat Yakjuj & Makjuj.” Tembok tersebut dipanggil
sebagai Daryal Gorge/Iberian
Gates/Caucasian Gates, iaitu tembok diperbuat daripada besi bercampur
tembaga. Rombongan telah dihantar mencari tembok dibina
Zulkarnain pada tahun 50 H dan menemui tembok telah musnah sepenuhnya.
Saya turut ingin berkongsi pendapat
peribadi mengenai tembok menyekat Yakjuj & Makjuj (sekatan). Sekatan lain
ke atas puak Yahudi Khazar ialah sebelum Peperangan Waterloo (1815). Pada zaman
itu mereka dilayan hina, dan Nathan Mayer Rothschild (1777-1836) membiayai
England dalam peperangan menentang Napoleon. Di antara tuntutan Rothschild
sebagai balasan ialah Yahudi diberi hak dan perlindungan sama rata. Semenjak
itu Rothschild menguasai Bank of England dan Yahudi Khazar hidup bebas.
Tiada lagi sekatan dan mereka 100% bebas
menguasai dunia. Mereka bekerjasama dengan Knights Templar (Freemason) bagi
mengatur perancangan supaya orang Yahudi berupaya pulang ke Israel dan
membentuk sebuah negara bebas. Mereka merancang penjajahan negara lain dan
memberi kemerdekaan setelah menukarkan sistem negara, menguasai industri utama
dan meletakkan orang-orang mereka di dalam negara jajahan. Mereka malahan
bekerjasama membentuk sistem perbankan, pertubuhan dan pelbagai badan menguasai
dunia dan seluruh aspek kehidupan kita pada hari ini.
Persoalan 5: Siapakah “golongan” Yakjuj & Makjuj?
Kita mengenali Yahudi Khazar sebagai
bangsa Yakjuj & Makjuj. Persoalannya hadis menyatakan bilangan mereka 999
daripada setiap 1,000 orang, dan mereka ini pula adalah manusia. Oleh itu
siapakah manusia yang bermaksud 999 setiap 1,000 manusia? Siapakah Yakjuj &
Makjuj yang tidak terhitung banyaknya? Dalam erti kata lainnya, siapakah
“manusia tidak terhitung”?
Jawapannya semua manusia yang termasuk
golongan mereka. “Golongan” Yakjuj & Makjuj ialah manusia seperti saya,
keluarga saya, anda dan keluarga anda, pemimpin dan ulama yang anda sanjung dan
semua manusia di dunia, iaitu mereka yang melaksanakan sistem diperkenalkan
mereka ke dalam sistem di dalam negara kita. Siapakah lagi yang selama ini
melakukan kerosakan jika bukan manusia yang mengamalkan sistem mereka?
Oleh itu 99.9% manusia adalah tergolong
sebagai “golongan Yakjuj & Makjuj” (Children of Gog & Magog) kerana melaksanakan sistem mereka.
Akibat daripada ini lahirlah Yakjuj & Makjuj berbangsa barat, melayu,
india, cina dan semua bangsa yang melaksanakan sistem Yakjuj & Makjuj.
Dakwaan ini dijelaskan melalui surah al-Maa’idah:51:
“Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai
awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang
lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka
sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu.”
al-Maa’idah:51
Keterangan merujuk hari ini. Ini kerana
Yahudi dan Kristian tidak menjadi teman rapat pada zaman dahulu. Sebab utama
ialah Kristian mendakwa Yahudi bertanggungjawab membunuh Jesus, iaitu tuhan
mereka. Namun itu
pada hari ini dan semenjak Peperangan Waterloo (1815) di antara England dan
France, mereka bekerjasama.
Yakjuj & Makjuj telah terlepas
daripada sekatan kemanusiaan dan bekerjasama dengan Kristian bagi membentuk
pelbagai sistem untuk menguasai dunia. Mereka membentuk “Gog & Magog World Order.”
Oleh itu apakah maksud “adalah dari
golongan mereka” apabila hidup di zaman “Gog & Magog World Order”
dan mereka bekerjasama menguasai dunia?
Pertamanya hanya terdapat dua golongan
utama, iaitu golongan
orang Islam atau golongan Yakjuj & Makjuj. Keduanya ia
bermaksud sesiapa
yang mengambil dan melaksanakan sistem mereka akan terkeluar dari golongan
orang Islam dan menjadi golongan Yakjuj & Makjuj. Allah akan membiarkan
manusia mati sebagai golongan Yakjuj & Makjuj kerana menyokong
perlaksanakan sistem dan cara kehidupan mereka. Maksud
selainnya ialah kita menerima nasib sama seperti mereka, iaitu kekal di neraka
selamanya.
Selainnya ada yang berkata ini tidak
mungkin kerana banyak yang bersyahadah dan melakukan solat, berpuasa, zakat dan
menunaikan haji. Perlu diingatkan kembali keterangan al-Maaidah:51 menyatakan “Wahai orang-orang yang beriman!” iaitu bermaksud mereka ini bukan
sekadar Islam dan melakukan Rukun Islam, tetapi mereka malahan memenuhi semua
rukun menjadi orang beriman. Mereka adalah orang beriman yang bergetar hati
apabila sekadar hanya mendengar nama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Maka orang beriman yang melaksanakan
sistem mereka akan menerima nasib yang sama. Berdasarkan alasan ini maka hadis
yang menyatakan Yakjuj & Makjuj tidak terhitung dan 999 setiap 1,000 orang
menjadi benar dan munasabah (sama ada kiraan berdasarkan “seorang dari sahabat”
dan 999 dari kita? atau kiraan mengikut nisbah penduduk setiap zaman?
Wallahualam.
Fakta ini malahan disokong fakta riba
wang kertas dan transaksi melibatkan bank. Ini kerana surah al-Baqarah
menyatakan pengistiharan peperangan oleh
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM ke atas
orang yang mengambil riba, membayar riba, penulis riba dan saksi kepada
perjanjian riba.
“Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari ALLAH dan RasulNya.”
al-Baqarah:279
“Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya.”
“Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya.”
al-Baqarah:275
99.9% akan ke neraka kerana riba wang
kertas!!
Bagaimana seseorang tidak malu mengaku
beriman apabila statusnya sedang berperang menentang Allah swt dan RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM? Ini satu pengakuan tidak munasabah dan iman
sangkaan semata-mata (perasan). Maka melalui surah ini 99.99% bangsa dan
golongan Yakjuj & Makjuj dimasukkan ke neraka serta kekal di dalamnya.
Keterangan Surah Al-Baqarah sepatutnya
membuatkan hatinya seakan-akan tercabut kerana kedahsyatannya. Namun itu bagi
golongan Yakjuj & Makjuj, kesemua ini tidak mendatangkan ketakutan
dan menjadi hiburan
menghalalkan yang haram. Mereka sentiasa sahaja mempunyai alasan untuk menyelisihinya.
Kepada yang beriman, fakta dan Gog & Magog World Order adalah ujian tersangat sukar. Sudah tentu dan siapakah tidak berakal
menyangka Allah swt memberikan ujian mudah ke syurga? Soalan di sini sahaja
telah pun membingungkan manusia menjawabnya, maka tidak dapat dibayangkan
pula apabila Allah swt pula menyoal di akhirat.
Dengan ujian kehidupan yang berat maka RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menyatakan akan datang kepada umat ku suatu zaman
di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api. RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dengan itu memberi “perintah yang sangat tegas”
untuk meninggalkan semua puak walau terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga
mati, bemaksud pilihan mati bagi memelihara keimanan jauh lebih baik daripada
menjadi golongan Yakjuj & Makjuj.
Ianya juga perjuangan yang selari dengan
cerita Ashaab’ul-Kahfi dan Ar-Raqiim di dalam Surah Al-Kahfi, iaitu pilihan
antara “keimanan” atau “kehidupan dunia tanpa iman.” Dalam hadis lain pula
Rasulullah saw memberikan gambaran kehidupan orang beriman:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda,
“Selagi akan datang
suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya,
kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang
lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu
telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai
kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan ALLAH SWT.”
(HR Baihaqi)
Keterangan lain yang menyokong seperti
yang terkandung di dalam Surah An-Nisaa:97
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang diambil
nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana
enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir
musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah
lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang
yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas,
yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang
sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka
jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.”
al-Quran: An-Nisaa:97
Berdasarkan di atas maka orang beriman
tiada sebarang alasan yang sah pada hari akhirat. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM juga telah memberikan perintah khusus dan mengingatkan mereka, maka
itu tidak haruslah orang beriman mempunyai ketetapan lain:
“…dan tidak harus bagi
orang beriman, lelaki dan perempuan (apabila ALLAH dan RasulNya menetapkan
keputusan mengenai sesuatu perkara) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri
mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum ALLAH dan
RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”
al-Ahzaab:36
Allah ya rabbi.... Terlalu berat ujian bagi hambaMu yang lemah lagi jahil ini ya Allah... Bagaimana untuk aku, keluargaku, saudara maraku, kaum kerabatku, rakan-rakan dan sahabat-sahabatku untuk terlepas dari semua ini ya Allah... Bantulah hambaMu ini ya Allah... Aku x mampuuu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan