Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 5 Februari 2014

O 77 : DEFINISI RIBA

Riba secara bahasa bererti penambahan, petumbuhan, kenaikan, dan ketinggian. Sedangkan menurut terminologi syarak, riba bererti “Akad untuk satu ganti khusus tanpa diketahui perbandingannya dalam penilaian syariat ketika berakad atau bersama dengan mengakhirkan kedua ganti atau salah satunya.”

Kata “akad” mengandung makna ijab dan qabul, sehingga jika tidak ada ijab dan qabul, maka akad tidak ada, sama dengan seseorang yang menjual dengan sistem mu’athah (saling memberi) ertinya menyerahkan dan menerima tanpa ada ucapan, dan ini terjadi pada sekarang ini dan bukan termasuk riba, walaupun ia haram, namun tidak seperti haramnya sebuah riba.

Kata “ganti yang khusus” iaitu wang dan makanan. Riba tidak berlaku pada selain keduanya, misalnya baju dan kain.

Kata “tanpa diketahui persamaannya” boleh untuk yang diketahui perbezaannya dan yang tidak diketahui persamaannya dan saling melebihi ertinya pada benda yang sama jenisnya.

Kata dalam “dalam timbangan syarak” terkait masalah persamaan. Dan timbangan syarak adalah takaran untuk barang yang ditakar dan timbangan untuk barang yang ditimbang dan hitungan untuk barang yang dihitung serta hasta untuk barang yang boleh diukur dengan hasta.

Kata “ketika berakad” adalah satu pembatasan yang harus ada dan masuk dalam makna ini seandainya dia menjual dengan cara lelang segenggam tepung dengan segenggam tepung kemudian keduanya keluar bersama sama, maka ia masuk dalam kategori tidak diketahui persamaanya dalam timbangan syarak ketika berakad.

Kata “atau bersama dengan mengakhirkan dua ganti atau salah satunya” ertinya membayar satu barang dengan barang yang lain dengan mengakhirkan pembayaran keduanya atau salah satunya baik keduanya sama jenis atau berbeza. Namun sama dalam illat riba iaitu naqdiyah (bernilai wang) dalam wang dan tha’miyah (makanan) untuk bahan, makanan. Tidak masuk dalam ruang lingkup definisi seandainya ia menjual gandum dengan beberapa dirham walaupun diakhirkan pembayarannya ini tidak termasuk riba sebab ada perbezaan illat (alasan mendasar) riba. Dan yang dimaksud mengakhirkan mencakup mengakhirkan penerimaan barang atau meminta hak milik, maka ia boleh menjadi riba nasi’ah.

Ringkas kata, bahagian pertama dari definisi yang klausal “tidak diketahui persamaannya” hanya khusus untuk yang satu jenis, sementara bahagian kedua “atau bersama dengan mengakhirkan salah dua ganti atau salah satunya” bersifat umum untuk semua yang satu jenis dan berbeza baik pengakhiran pada penerimaan atau meminta hak milik dengan begitu diketahui bahawa “atau” gunanya untuk memperbanyak cabang dan ini tidak dilarang dalam penulisan ertinya dalam beberapa definisi.

Dengan demikian riba menurut istilah ahli fiqh adalah penambahan salah satu dari dua ganti yang sejenis tanpa ada ganti tambahan ini. Tidak semua tambahan dianggap riba, kerana tambahan terkadang dihasilkan dalam sebuah perdagangan dan tidak ada riba di dalamnya hanya saja tambahan yang diistilahkan dengan nama “riba” dan al Quran datang menerangkan pengharamannya adalah tambahan yang diambil sebagai ganti dari tempo.

Qatadah berkata, “Sesungguhnya riba orang jahiliyah adalah seseorang yang menjual satu jualan sampai tempo tertentu dan ketika jatuh tempo dan orang yang berhutang tidak boleh membayarnya dia menambah hutangnya dan melambatkan tempo.”

Mujahid berkata tentang riba yang dilarang oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA: “Mereka di zaman jahiliyah seseorang ada hutang orang lain lalu ia berkata, ‘Bagimu begini dan begini dan tambah tempo bagiku, lalu pembayarannya diakhirkan.”

Jenis jenis Riba

1. Riba Al Fadhl

Adalah tambahan pada salah satu dua ganti kepada yang lain ketika terjadi tukar menukar sesuatu yang sama secara tunai. Islam telah mengharamkan jenis riba ini dalam transaksi kerana kuatir pada akhirnya yang akan jatuh pada riba yang hakiki iaitu riba an nasi’ah yang sudah menyebar dalam tradisi masyarakat Arab. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda,

“Janganlah kalian menjual satu dirham dengan dua dirham sesungguhnya saya takut terhadap kalian dengan rima, dan rima ertinya riba.”
(Ibnu Qudamah)

Kerana perbuatan ini boleh mendorong seseorang untuk melakukan riba yang hakiki, maka menjadi hikmah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan mengharamkannya sebab ia boleh menjerumuskan mereka ke dalam perbuatan haram, dan siapa yang membiarkan kambingnya berada di sekitar kawasan larangan hampir saja ia masuk ke dalamnya sebagaimana yang disabdakan oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.

Termasuk dalam bahagian ini adalah riba qardh, iaitu seseorang memberi pinjaman wang kepada orang lain dan dia memberi syarat supaya si penghutang memberinya manfaat seperti menikahi anaknya, atau membeli barang darinya, atau menambah jumlah bayaran dari hutang pokok.

2. Riba Al Yadd (tangan)

Adalah jual beli dengan mengakhirkan penyerahan kedua barang ganti atau salah satunya tanpa menyebutkan waktunya.

3. Riba An Nasi’ah

Adalah jual beli dengan mengakhirkan tempo pembayaran. Riba jenis inilah yang terkenal di zaman jahiliyah. Salah seorang dari mereka memberikan hartanya untuk orang lain sampai waktu tertentu dengan syarat dia mengambil tambahan tertentu dalam setiap bulannya sedangkan modalnya tetap dan jika sudah jatuh tempo ia akan mengambil modalnya, dan jika dia belum mampu membayar, maka waktu dan bunganya akan ditambah.

Riba dalam jenis transaksi ini sangat jelas dan tidak perlu diterangkan sebab semua unsur dari Riba telah terpenuhi semua seperti tambahan dari modal, dan tempoh yang menyebabkan tambahan. Dan menjadikan keuntungan (interest) sebagai syarat yang terkandung dalam akad iaitu sebagai harta melahirkan harta  kerana adanya tempoh dan tidak lain adalagi yang lain.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan