Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 5 Februari 2014

O 88 : CERITA WANG (RAHSIA SEBENAR) - BAHAGIAN 1

Wang atau duit, itulah yang menjadi idaman utama bagi setiap manusia yang bernyawa di dunia ini, malah ada yang mengutamakan wang dari agama, akhlak dan juga kehormatan diri sendiri semata-mata untuk mengaut sebanyak mungkin wang yang berada di dalam kitaran sistem ekonomi.

Mengingat kembali kenangan belajar perdagangan semasa sekolah menengah dahulu, kisah bagaimana wang dicipta, polisi yang mengawalnya tidak pernah diceritakan walaupun wang itu sendiri adalah salah satu tujuan utama pergi ke sekolah. "Belajar pandai-pandai supaya nanti bila besar boleh kerja gaji besar (wang banyak)." Biasa dengar tak? Atau mungkin itu yang acapkali anda sebut kepada anak-anak anda sekarang?

Video yang saya paparkan ini adalah informasi penting bagi segenap masyarakat tak kira bangsa dan agama kerana ianya secara mudah menjelaskan mengapa semakin hari harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat, sebenarnya itu adalah pembohongan terbesar oleh pihak tertentu yang menutup muslihat sebenarnya. Nilai wang itu sendiri yang semakin menyusut dan bukannya barang yang semakin mahal.

Walaupun penerangan di atas menggambarkan sistem ekonomi di Amerika, sistem ini juga sebenarnya diguna di kebanyakan negara termasuklah Malaysia, bezanya Bank Negara Malaysia dipunyai kerajaan, Federal Reserve adalah kepunyaan pihak persendirian kumpulan ahli-ahli bank antarabangsa. Ya.. jangan terperanjat, ianya milik persendirian, golongan di atas Piramid, ingat bagaimana ekonomi dunia berubah, saham turun naik apabila FED (Federal Reserve) menaik turun kadar faedah? Mereka sebenarnya yang mengawal ekonomi dunia ini.

Orang paling kaya di dunia bukan Bill Gates, akan tetapi pemilik Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF yang meng"kuda"kan presiden dengan bantuan agen-agen seperti CIA dan tentera Amerika, memastikan kepentingan mereka terjaga di seluruh dunia termasuklah jika ianya melibatkan perang dan membunuh berjuta-juta insan yang tidak berdosa. Amat memeranjatkan juga, mereka ini jugalah orang kuat di belakang Israel dan apa yang mereka lakukan sebenarnya adalah untuk memastikan Israel semakin kuat.

Apabila kita meminjam wang dari bank, sama ada pinjaman rumah, kereta ataupun kad kredit, secara zahirnya kita tidak menzalimi manusia lain, sebab itu ramai berkata "aku rela bayar lebih pada bank sebab kalau tak macam mana bank nak beroperasi," akan tetapi secara halusnya kita secara tidak langsung menzalimi insan-insan lain terutamanya golongan yang tidak bernasib baik dan juga golongan miskin, walhal, bank itu sebenarnya tidak perlupun wujud untuk membolehkan masyarakat mempunyai wang yang sebenarnya.

Bagaimana cara kita menzalimi manusia lain?

1. Kita bersubahat men"cair"kan atau menyusutkan nilai wang itu sendiri dengan membiarkan bank men"cipta" wang tanpa sandaran sesuatu yang bernilai sama ada emas atau perak. Lagi banyak pinjaman, lebih banyaklah susut nilai, sebab itu inflasi sentiasa tetap ada di dalam ekonomi.

2. Kita menambahkan permintaan untuk barangan tersebut, contohnya jika kita beli rumah lain untuk pelaburan sedangkan sudah punya rumah sendiri untuk diduduki, pemaju akan menaikan harga rumah kerana banyaknya permintaan.

Jijiknya Riba itu melebihi dosa zina, sebab itu Allah dan rasul mengishtiharkan perang terhadap mereka yang melakukannya, sama ada makan hasil riba ataupun membiarkan diri ditindas dengan riba. Disebabkan manusia semakin hari semakin tertekan, pemikiran manusia lebih tertumpu kepada "survival mode" yang mana kepentingan diri lebih utama dari kepentingan manusia-manusia lain.

Apabila negara merdeka, penjajah sebenarnya telah menyemai dua benih utama yang akan memastikan penjajahan mereka akan kekal, penjajahan yang mana mereka tidak perlu lagi berada di negara kita untuk memastikan kita akan sentiasa tunduk mengikut kehendak mereka tanpa sedar.

1. Benih kerajaan sekular - Kerajaan yang mana mengiystiharkan undang-undang negara lebih utama dari undang-undang Allah, sebagai negara Islam, al Quran dan sunnah sepatutnya dijadikan tunjang utama undang-undang. Sebaliknya undang-undang ciptaan manusia yang angkuh, dengan diberi sedikit akal oleh Allah mendabik dada kononnya ini adalah undang-undang moden terbaik yang menjaga hak asasi manusia. Undang-undang Allah sudah lapuk dan tak sesuai lebih-lebih lagi dengan masyarakat yang berbilang kaum.

2. Benih ekonomi Riba - Bank negara diasaskan oleh British, Govenor pertama adalah W.H. Wilcock. Sistem wang kertas diasaskan oleh British dengan penubuhan Bank of England(Bank Yahudi) pada kurun ke 17. Melalui sistem mereka jugalah Federal Reserve beroperasi dan juga menjadi asas yang sama untuk penubuhan bank-bank di Negara-negara bekas jajahan mereka termasuk Malaysia. Sistem ekonomi inilah yang makin lama makin menindas rakyat kerana adanya applikasi riba.

Dan benih-benih ini sudah lama bercambah dan membesar menjadi pokok yang menaungi kita semua sekarang ini, akan tetapi bukan untuk menaungi dari panas matahari, ianya menaungi diri kita dari mendapat hujan rahmat Allah. Terfikirkah anda mengapa kehidupan sekarang ini semakin hari semakin teruk? Berdoalah kita agar ada pemimpin-pemimpin yang akan sedar akan sistem ekonomi yang menjamin kemusnahan masyarakat dan bangkit berani bertindak mengubahnya. Dengan sistem yang kaya penindasan inilah menyebabkan rakyat semakin tertekan, akibatnya penyakit sosial semakin serius, jenayah rompak samun, rasuah, penipuan malah maksiat juga berleluasa kerana manusia mengambil jalan mudah termasuklah juga menjual diri untuk mencari wang.

Yang di"atas" tidak perlu risau kerana sistem ini sentiasa berpihak kepada mereka, mereka akan kekal kaya raya dan berkuasa, rumah pagar batu berdinding tinggi dengan sistem keselamatan yang canggih, keluar dengan pengawal peribadi mengelilingi diri, mereka ini selamat di akhirat. Akan tetapi mereka inilah yang pertama sekali akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak atas kerosakan di muka bumi. Siapa mereka ini? Pemimpin..

Akan tetapi semasa perbicaraan di akhirat, mereka ini akan berhujah balik. "Ya Allah, mereka yang pilih aku untuk memimpin mereka jadi janganlah nak salahkan aku sahaja, mereka yang mengundi, memangkah aku di pilihan raya." Siapa pulak mereka itu? Tak lain tak bukan selain dari kita semua sebagai rakyat.

Rakyat Malaysia semakin berpelajaran, baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Akan tetapi ilmu-ilmu itu sahaja tidak cukup untuk menjamin kita mendapat kebahagian dunia dan lebih-lebih lagi akhirat. Berapa ramai yang sedar akan penindasan halus masyarakat melalui sistem ekonomi ini? Bak kata Sheikh Imran Hossein, ada mata, tidak boleh nampak, ada telinga tidak boleh dengar, ada hati tetapi tidak boleh memahami, ada ijazah tetapi tiada iman dan ada ilmu agama yang tinggi tetapi tidak ada "nur" di hati.

Kerana hanya dengan "nur" inilah kita mampu melihat pembohongan ini yang diinspirasikan oleh Dajjal bermata satu. Pembohongan ini amat sukar dilihat umpama cuba melihat semut hitam, di atas batu yang hitam, di malam yang gelap. Semut hitam itu hanya boleh dilihat dengan cahaya, akan tetapi bukan cahaya lampu suluh tetapi cahaya "nur" yang Allah kurniakan kepada hamba yang dikasihinya. (Al Hadid 57:28) Dan tanpa "nur" inilah manusia lebih berminat akan dunia berbanding akhirat dan menghalalkan apa yang haram.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Rasul Allah berkata, 

"Bagaimana jika aku tidak memberitahu kamu mengenai kisah dajjal yang tiada Nabi lain memberitahu kaumnya? Dajjal itu bermata satu dan akan membawa bersamanya apa yang menyerupai neraka dan syurga, dan apa yang digelarnya syurga adalah sebenarnya neraka; jadi aku memperingatkan kamu (mengenainya) seperti mana Nuh memperingatkan kaumnya.”
Sahih Bukhari

Apabila pihak bank antarabangsa berjaya menubuhkan Federal Reserve, mereka mengeluarkan Federal Reserve Note iaitu wang kertas Amerika, mungkin ramai yang tidak perasan, jika dilihat pada belakang wang kertas 1 dollar yang sudah semestinya paling banyak di dalam kitaran. Ada gambar "satu mata" di atas piramid, apakah simbol satu mata itu dan mengapa pula ada gambar piramid sedangkan piramid "gah"nya di Mesir? Mungkinkah mereka yang menubuhkan FED ini mendapat inspirasi dari dajjal yang bermata satu?

Lihat pula perkataan yang mengelilingi logo tersebut, "Annuit coeptis" jika dirujuk pada wikipedia bermakna "usaha kami direstuinya (tuhan)" dan "Novus Ordo Soclurum" bermakna "bermulanya era baru", era penjajahan rakyat dengan menggunakan wang dan mendapat restu tuhan bermata satu (dajjal).

Sama-samalah kita bertaubat dan memohon kepada Allah agar dibukakan hati, ditambahkan iman dan diberi "nur" untuk melihat serta kekuatan untuk menempuh hidup yang penuh dengan pembohongan dan tipu muslihat ini. Perbanyakkanlah mencari ilmu terutama ilmu-ilmu yang boleh membebaskan kita dari terperangkap dengan sangkaan neraka itu adalah syurga. Insyaallah dengan solat yang ikhlas dan sempurna mampu membawa kita ke arah tersebut. Berdoalah kepada Allah agar kita semua diberi "nur" di hati untuk melihat pembohongan ini. Amin.

Harap dapat sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain, In Sya Allah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan