Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 4 Februari 2014

O 74 : RIBA

(Nota ini saya ambil dari laman web sahabat dan saudara kita dari Indonesia) 

KONSEP RIBA DALAM ISLAM
BAB I
KONSEP RIBA

1.    Pengertian Riba

Riba secara bahasa bermakna; ziyadah (tambahan). Dalam pengertian lain, secara linguistik riba juga bererti tumbuh dan membesar.[1] Menurut istilah teknis, riba bererti pengambilan tambahan dari harta pokok atau modal secara batil[2]. Kata riba juga bererti ; bertumbuh menambah atau berlebih. Al-riba atau ar-rima makna asalnya ialah tambah tumbuh dan subur. Adapun pengertian tambah dalam konteks riba adalah tambahan wang atas modal yang diperoleh dengan cara yang tidak dibenarkan syarak, apakah tambahan itu berjumlah sedikit mahupun berjumlah banyak seperti yang disyaratkan dalam al Quran. Riba sering diterjemahkan orang dalam bahasa inggris sebagai “usury” yang ertinya“the act of lending money at an exorbitant or illegal rate of interest”  sementara para ulama’ fikih mendefinisikan riba dengan “kelebihan harta dalam suatu muamalah dengan tidak ada imbalan atau gantinya.” Maksud dari pernyataan ini adalah tambahan terhadap modal wang yang timbul akibat transaksi hutang piutang yang harus diberikan terhutang kepada pemilik wang pada saat hutang jatuh tempoh[3].
Ada beberapa pendapat dalam menjelaskan riba, namun secara umum terdapat benang merah yang menegaskan bahawa riba adalah pengambilan tambahan baik dalam transaksi jual beli, mahupun pinjam meminjam secara batil atau bertentangan dengan prinsip mua’amalat dalam Islam. Mengenai hal ini Allah mengingatkan dalam al Quran Surat An-Nisa’ : 29  

Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman janganah kamu memakan harta sesamamu dengan jalan batil.”

Dalam kaitanya dengan pengertian al-batil dalam ayat tersebut, ibnu ArobiAl-Maliki menjelaskan seperti yang dikutif oleh Afzalurrohman.[4]

 “Pengertian riba’ secara bahasa adalah tambahan, namun yang dimaksud riba dalam ayat al Quran iaitu setiap penambahan yang diambil tanpa adanya satu transaksi pengganti atau penyimbang yang dibenarkan syari’ah.
Yang dimaksud dengan transaksi pengganti atau penyimbang iaitu transaksi bisnes atau komersial yang melegitimasi adanya penambahan tersebut secara adil, seperti transaksi jual beli, gadai, sewa, atau bagi hasil projek. Dalam transaksi sewa, si penyewa membayar upah sewa kerana adanya manfaat sewa yang dinikmati, termasuk menurunnya nilai ekonomi suatu barang kerana penggunaan si penyewa. Mobil misalnya, sesudah dipakai maka nilai ekonominya pasti menurun jika dibandingkan sebelumnya. Dalam hal jual beli, si pembeli membayar harga atas imbalan barang yang diterimanya.
Demikian juga dalam projek bagi hasil, para peserta perkongsian berhak mendapatkan keuntungan kerana disamping menyertakan modal juga turut serta menanggung kemungkinan risiko kerugian yang boleh saja muncul setiap saat.
Dalam transaksi simpan pinjam dana, secara konvensional si pemberi pinjaman mengambil tambahan dalam bunga tanpa adanya suatu penyimbangan yang diterima si peminjam kecuali kesempatan dan faktor waktu yang berjalan selama proses peminjaman tersebut. Namun, yang tidak adil di sini adat peminjam diwajibkan untuk selalu dan pasti untung dalam setiap penggunaan kesempatan tersebut. Demikian juga dana itu tidak akan berkembang dengan sendirinya, hanya dengan faktor waktu semata tanpa ada faktor  orang yang menjalankan dan mengusahakannya. Bahkan ketika orang tersebut mengusahakan boleh saja untung boleh saja rugi.
Pengertian senada disampaikan oleh jumhur ulama’ sepanjang sejarah Islam dari berbagai madzahib fiqhiyyah, di antaranya sebagai berikut.

a.       Badr Ad-Din Al-Ayni pengarang Umdatul Qari’ syarah Shahih Al-Bhukhari.
Prinsip utama dalam riba adalah penambahan. Menurut syari’ah riba bererti penambahan atas harta pokok tanpa adanya transaksi bisnes rill.[5]

b.       Imam zarkasi dari madzab Hanafi
Riba adalah tambahan yang disaratkan dalam transaksi bisnes tanpa adanya iwadh (atau padanan yang dibenarkan syari’ah atas penambahan tersebut.

c.       Raghib Al-Asfahani
Riba adalah penambahan atas harta pokok.

d.       Imam An-Nawawi dari Madzab Syafi’i[6].
Berdasarkan penjelasan Imam Nawawi di atas, dapat difahami bahawa salah satu bentuk riba yang dilarang oleh al Quran dan As Sunnah adalah penambahan atas harta pokok kerana unsur waktu. Dalam dunia perbankan, hal tersebut dikenal dengan bunga kredit sesuai lama waktu pinjaman.

e.       Qatadah
Riba Jahiliyah adalah seseorang yang menjual barangnya secara tempoh hingga waktu tertentu. Apabila telah datang saat membayar dan si pembeli tidak mampu membayar, maka ia memberikan bayaran tambahan atas penangguhan.

f.        Zaid Bin Aslam
Yang dimaksud dengan riba jahiliyah yang beramplikasi pelipatgandaan sejalan dengan waktu adalah seseorang yang memiliki piutang atas mitranya. Pada saat jatuh tempoh ia berkata “bayar sekarang atau tambah.”

g.       Mujahid
Mereka menjual daganganya dengan tempoh. Apabila telah jatuh tempoh dan (tidak mampu membayar) si pembeli memberikan “tambahan” atas tambahan waktu.

h.       Ja’far As-Shodiq dari kalangan Madzab Syi’ah
Ja’far As-Shodiq berkata ketika ditanya mengapa Allah SWT mengharamkan riba supaya orang tidak berhenti berbuat kebajikan kerana ketika diperkenankan untuk mengambil bunga atas pinjaman maka seseorang tadi tidak berbuat makruf  lagi atas transaksi pinjam meminjam dan seterusnya. Padahal Qord bertujuan untuk menjalin hubungan yang erat dan kebajikan antara manusia.

i.         Imam Ahmad Bin Hambal. Pendiri Madzab Hambali
Imam Ahnad Bin Hambal ketika ditanya tentang riba beliau menjawab sesungguhnya riba itu adalah seseorang memiliki hutang maka dikatakan kepadanya apakah akan melunasi  atau membayar lebih. Jikalau tidak mampu melunasi, ia harus menambah dana (dalam bentuk bunga pinjaman) atas penambahan waktu yang diberikan.

2.    Jenis-Jenis Riba

Secara  garis besar riba dikelompokkan menjadi dua. Masing-masing adalah riba hutang-piutang dan riba jual-beli. Kelompok yang pertama terbagi lagi menjadi riba jahiliyah dan qardh. Sedangkan kelompok kedua riba jual beli terbagi menjadi riba Afdhl dan riba nasi’ah. Adapun penjelasannya sebagai berikut[7]:

a.       Riba Qardh
Suatu manfaat atau tingkat kelebihan tertentu yang disaratkan terhadap yang berhutang (Muqtaridh).

b.       Riba Jahiliyah
Hutang dibayar lebih dari pokoknya, kerana si peminjam tidak mampu membayar hutangnya pada waktu yang ditentukan.

c.       Riba fadhl
Pertukaran antar barang sejenis dengan kadar atau takaran yang berbeza, sedangkan barang yang dipertukarkan itu termasuk jenis barang ribawi.

d.       Riba nasi’ah
Penangguhan, penyerahan atau penerimaan jenis barang ribawi yang dipertukarkan dengan jenis barang ribawi lainya. Riba dalam nasi’ah muncul kerana adanya perbezaan, perubahan atau tambahan antara yang diserahkan saat ini dengan yang diserahkan kemudian.

Dalam kitab Fathul Mu’in riba dibagi menjadi tiga iaitu[8] :

1.       Riba Fadhl
Iaitu selisih barang pada salah satu tukar menukar dua barang yang sama jenisnya. Termasuk dalam macam ini adalah riba qordh iaitu jika dalam hutang kembali kepada pihak pemberi hutang.

2.       Riba yad
Iaitu jika salah satu dari penjual dan pembeli berpisah dari akad sebelum serah terima.

3.       Riba Nasa’
Iaitu jika mensaratkan ada penundaan penyerahan dua barang ma’qud alaih dalam penukaranya (jual-beli).    

3. Hukum Riba
Hukum riba dalam Islam telah ditetapkan dengan jelas, yakni dilarang dan termasuk dari salah satu perbuatan yang diharamkan. Namun proses pelarangan riba dalam al Quran tidak diturunkan oleh Allah SWT sekaligus, melainkan diturunkan dalam empat tahap[9].

1.       Allah memberikan pengertian bahawa riba tidak akan menambah kebaikan di sisi Allah SWT. Allah berfirman :
 Arrum Ayat 39

2.       Allah SWT memberikan gambaran siksa bagi yahudi dengan salah satu karaktornya suka memakan riba.
(QS. An-Nisa’ : 160-161)

3.       Allah melarang memakan riba yang berlipat ganda
Ali Imran 130

4.       Allah melarang dengan keras dan tegas semua jenis riba.
Al baqarah 278-279

Untuk lebih memperjelas keharaman riba, Rasulullah SAW juga menjelaskan dan beberapa hadits di antaranya[10]:
Ertinya : Daripada Jabir ia berkata Rasulullah SAW mengutuk orang yang menerima riba, orang yang membayarnya dan orang yang mencatatnya, dan dua orang saksinya, kemudian beliau bersabda mereka itu semuanya sama. 
( HR. Muslim)

hadis
Hakim meriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud bahawasanya nabi saw telah bersabda : 

“Riba itu mempunyai 73 tingkatan, yang paling rendah (dosanya) sama dengan seseorang yang berzina dengan ibunya.” 
(HR. Mutafaqun Alaihi)[11].

Bahkan dalam suatu hadis dinyatakan bahawa dosa orang yang mengerjakan riba lebih besar beberapa kali lipat daripada dosa orang yang berzina. Hal ini didasari oleh logik bahawa zina biasanya terjadi akibat gejolak syahwat yang tidak tertahan dan dilakukan tanpa fikir panjang, sementara praktik riba dilakukan dengan pertimbangan yang matang, jelas dan telaten[12].
Hakikat larangan tersebut tegas, mutlak, dan tidak mengendung perdebatan. Tidak ada ruang untuk mengatakan bahawa riba mengacu sekadar pada pinjaman dan bukan bunga, kerana Nabi melarang mengambil, meskipun kecil, pemberian jasa atau kebaikan sebagai syarat pinjaman, sebagai tambahan dari wang pokok.
Larangan bunga ini tidak hanya berlaku dalam agama Islam tetapi dalam agama non Islampun juga dilarang. Seperti halnya orang-orang Yahudi yang dilarang mempraktikkan riba. Pelarangan dimaksud banyak terdapat dalam kitab suci mereka, baik dalam perjanjian lama (oldtestament). Mahupun undang-undang talmud. Dalam Agama Kristian kitab perjanjian baru tidak menyebutkan permasalahan ini dengan jelas. Namun, sebahagian kalangan kristiani menganggap bahawa ayat yang terdapat dalam Lukas 6 : 34-5 sebagai ayat yang mengecam praktik pengambilan bunga. Disamping itu, para pendeta Agama kristian pada awal abad I – XII M. Juga berpandangan bahawa pengambilan bunga dilarang oleh ajaran agama.
Dalam kalangan Yunani dan Romawi sejak abad 6 SM. Hingga 1 M. Telah terdapat beberapa jenis bunga. Meskipun demikian, praktik pengambilan bunga dicela oleh para ahli filsafat. Dua orang ahli filsafat yunani terkemuka, plato (427-347 SM) dan Aristoteles (384-322 SM), mengancam praktik bunga. Begitu juga dengan Cato (234-149 SM) dan Cicero (106-43 SM). Para ahli filsafat tersebut mengutuk orang-orang romawi yang mempraktikkan pengambilan bunga[13].
Dari sedikit huraian di atas dapat ditarik kesimpulan bahawa apapun bentuk riba mahupun bunga dilarang secara mutlak oleh semua Agama, terutama Agama-Agama samawi. Hal ini dikeranakan dampak yang dikeranakan oleh adanya riba atau bunga tersebut dipandang merugikan masyarakat.


RIBA - KONSEP BUNGA
BAB II

1.    Pengertian Bunga

Secara leksikal, bunga sebagai terjemahan dari kata interest. Secara istilah sebagaimana diungkapkan dalam suatu kamus dinyatakan, bahawa interest is a charge for afinacial loan, usually a presentage of the amount loaned (Bunga adalah tanggungan pada pinjaman wang, yang biasanya dinyatakan dengan prosentase dari wang yang dipinjamkan. Pendapat lain menyatakan interest iaitu sejumlah wang yang dibayar atau dikalkulasikan untuk penggunaan modal. Jumlah tersebut misalnya dinyatakan dengan satu tingkat atau prosentase modal yang bersangkut paut dengan itu yang dinamakan suku bunga modal.
Berbeza dengan bunga (Interest), dalam bahasa inggris riba lebih dikenal sebagai “usury” yang ertinya“ the act of lending money at an exorbitant or illegal rate of interest” tapi bila disimpulkan dari sejarah masyarakat barat, terlihat jelas bahawa “interest” dan “usury” yang dikenal saat ini pada hakikatnya adalah sama. Keduanya bererti tambahan wang, umumnya dalam presentase, istilah “usury” muncul kerana belum mapannya pasar kewangan pada zaman itu sehingga pengusaha harus menetapkan suatu tingkat bunga yang dianggap wajar[14].

2.    Bunga Bank dan Riba
Dalam persoalan sub pokok bahasan ini, akan lebih rinci apabila dikembalikan kepada pandangan tentang adanya kesamaan antara praktik bunga dengan riba yang diharamkan dalam al Quran dan hadits. Kesamaan itu sulit dibantah, apalagi secara nyata aplikasi sistem bungan pada perbankan lebih banyak dirasakan mudharatnya dari pada manfaatnya. Kemudharatan sistem bunga sehingga dikategorikan sebagai riba, antara lain adalah[15] :
1.    Mengakumulasikan dana untuk keuntungan sendiri.
2.    Bunga adalah konsep biaya yang digeserkan kepada  penanggung berikutnya.
3.    Menyalurkan harta hanya kepada mereka yang mampu.
4.    Penanggung terakhir adalah masyarakat.
5.    Memandulkan kebijakan stabiliti ekonomi dan investasi.
6.    Terjadi kesenjangan  yang tidak akan ada habisnya.
Disamping itu, terlepas dari haram / tidaknya bunga bank, secara jujur harus diakui bahawa terdapat beberapa kelemahan pada penerapan sistem bunga dalam sistem bank konvensional, antara lain[16]:
1.       Salah satu penyebab krisis berkepanjangan.
2.       Menganaktirikan usaha sektor riil.
3.       Menciptakan budaya malas.
4.       Memperlebar jurang sosial antara si miskin dan si kaya.
Apabila ada suatu bank yang didirikan untuk membantu lalu lintas perdagangan, memudahkan kirim mengirim wang, memudahkan jual-beli antara bangsa, membantu manusia pedagang dengan modal, maka semua itu dibolehkan Agama. Yang tidak diperbolehkan hanyalah memungut atau memberikan rente pinjaman (riba/ bunga). Baik yang dilakukan oleh bank/ perseorangan, iaitu memungut rente pinjaman. Dan juga dilarang kalau dengan tujuan “ihtikar” (menumpuk barang-barang makanan pada waktu mahal untuk dijual dalam waktu yang lebih mahal lagi), maka semuanya menurut hukum agama adalah haram[17].
Dalam analisa terhadap praktik pembuangan dalam bank, tercatat beberapa hal sebagai berikut[18] :
1.    Bunga adalah tambahan terhadap wang yang disimpan pada lembaga kewangan atau wang yang dipinjam.
2.    Besarnyta bunga yang harus dibayar ditetapkan di muka tanpa memperdulikan apakah lembaga kewangan penerima simpanan atau peminjam berhasil dalam usahanya/ tidak.
3.    Besarnya bunga yang harus dibayar dicantumkan dalam angka presentase dalam setahun yang ertinya apabila hutang tidak dibayar atau simpanan tidak diambil dalam beberapa tahun boleh terjadi berlipat ganda jumlahnya.
Dari ketiga hal tersebut di atas tampak jelas bahawa praktik membungakan wang adalah upaya untuk memperoleh tambahan wang atas wang semula dengan cara : 
(1). Pembayaran tambahan wang itu prakarsanya tidak datang dari yang meminjam, (2). Dengan jumlah tambahan yang besarnya ditetapkan di muka, 
(3). Peminjam sebenarnya tidak mengetahui dengan pasti apakah usahanya akan berhasil atau tidak dan apaakah ia akan sanggup membayar tambahan dari pinjamanya itu atau tidak; 
(4). Pembayaran tambahan wang itu dihitung dengan presentase sehingga tidak tertutup kemungkinan suatu saat jumlah seluruh kewajiban yang harus dibayar menjadi berlipat ganda.
Dari huraian di atas dapat dikatakan bahawa bunga sama halnya dengan  riba an-nasi’ah yang dalam al Quran dan Hadits telah dijelaskan keharamanya. Namun, di sisi lain banyak orang yang beranggapan bahawa bunga dan riba itu berbeza, kerana bunga dianggap sebagai balas jasa atas pinjaman yang telah digunakan untuk kepentingan produksi. Berdasarkajn pendapat yang kedua ini, maka lembaga bank dianggap sebagai jalan keluar dari riba. Maksudnya, unsur yang mengharamkan riba telah dihapus melalui peraturan perbankan yang mana suku bunganya telah ditetapkan oleh pemerintah yang biasanya telah disepakati oleh wakil rakyat. Namun demikian, bukankah hal tersebut hanyalah dalih untuk menghalalkan yang diharamkan Tuhan?
Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Tahu tentang apa yang telah terjadi dan apa yang akan terjadi. Begitu juga dengan perubahan zaman seperti sekarang ini, tetapi Allah SWT tetap mengharamkan riba dengan jelas dalam firmanNya, itu bererti tidak ada dalih apapun yang dapat menghalalkan riba. Al hasil, bagaimanapun dicari dalihnya maka bunga itu terlarang menurut hukun Islam, tidak diredhai oleh Allah SWT dan RasullNya.

3. Fatwa-Fatwa Tentang Bunga Bank  

a. Majlis Tarjih Muhammadiyah[19]
Majlis Tarjih Sidoarjo (1968) memutuskan :
1.    Riba hukumnya haram dengan nash shorih al Quran dan As-Sunnah.
2.    Bank dengan sistem riba hukumnya haram dan bank tanpa riba hukumnya halal.
3.    Bunga yang diberikan oleh bank-bank milik negara kepada para nasabahnya yang selama ini berlaku, termasuk perkara musyabihat.
4.    Menyarankan kepada PP Muhammadiyah untuk mengusahakan terwujudnya konsepsi sistem perekonomian, khususnya lembaga perbankan yang sesuai dengan kaedah Islam.

b. Lajnah Bahsul Masa’il Nahdhlatul Ulama’[20]
menurut lajnah, hukum bank dan hukum bunganya sama seperti hukum gadai. Terdapat tiga pendapat ulama’ sehubungan dengan masalah ini.
1.    Haram sebab termasuk hutang yang dipungut rente.
2.    Halal, sebab tidak ada syarat pada waktu akad sedangkan adat yang berlaku tidak dapat begitu saja dijadikan syarat.
3.    Subahat (tidak tentu halal haramnya) sebab para ahliu hukum berselisih pendapat tentangnya.
Meskipun ada perbezaan pandangan lajnah memutuskan bahawa (pilihan) yang lebih berhati-hati adalah pendapat pertama iaitu menyebut bunga bank adalah haram.

c. Sidang Konferensi Islam (OKI)
Semua peserta sidang OKI kedua yang berlangsung di Karachi, Pakistan, Disember 1970, telah menyepakati dua hal utama, iaitu :
1.    Praktik bank dengan sistem bunga adalah tidak sesuai dengan Syari’ah Islam.
2.    Perlu segera didirikan bank-bank alternatif yang menjalankan operasinya sesuai dengan prinsip-prinsip Syari’ah.
  Hasil kesepakatan inilah yang melatarbelakangi didirikannya Bank pembangunan Islam    / Islamic Development Bank (IDB).

d. Mufti Negara Mesir
Keputusan kantor Mufti Negara Mesir terhadap hukum bunga bank sentiasa tetap dan konsisten. Tercatat sekurang-kurangnya sejak tahun 1900 hingga 1989, Mufti Negara  Republik Arab Mesir memutuskan bahawa bunga bank termasuk salah satu bentuk riba yang diharamkan.

e. Konsul Kajian Islam Dunia  
Ulama’-ulama’ besar dunia yang terhimpun dalam Konsul Kajian Islam Dunia (KKID) telah memutuskan hukum yang tegas terhadap bunga bank. Dalam konferensi II KKID yang diselenggarakan di universiti Al-Azhar, Kairo, pada bulan Muharram 1385 H/ Mei 1965 M, ditetapkan bahawa tidak ada sedikitpun kerugian atas haramnya praktik pembungaan uang seperti yang dilakukan bank-bank konvensional.

f.     Majelis Ulama’ Indonesia.
Dalam lokakarya alim ulama’ di Usaura tahun 1991 bertekad bahawa MUI harus segera mendirikan bank alternatif. Selanjutnya, keputusan fatwa MUI No. 1 tahun 2004 tentang bunga, bahawa praktik pembungaan wang pada saat ini telah memenuhi kriteria riba yang terjadi pada zaman Rasulullah Saw, yakni riba nasi’ah. Dengan sedemikian, praktik pembungaan ini termasuk salah satu bentuk riba, dan riba hukumnya adalah haram, baik dilakukan oleh bank, asuransi, pasar modal, penggadaian, koperasi, dan lembaga-lembaga lainnya mahupun dilakukan oleh individu.


KESIMPULAN

Dalam konteks Islam, Riba merupakan satu halnya yang sangat dilarang. Bahkan penerapanya berakibat fatal bagi masyarakat secara luas. Oleh sebab itu, tidak lagi menjadi perdebatan tentang haramnya riba, baik dalam lingkup Islam mahupun non Islam.
Sedangkan mengenai permasalahan Bank konvensional dan bunganya terdapat banyak perbezaan pendapat. Baik mengenai hukumnya mahupun tingkat nilai dari suku bunga itu sendiri. Namun, setelah dianalisis lebih jauh, tidak dapat dihindari bahawa bunga bank banyak memiliki kesamaan dengan riba. Bahkan pada penerapanya pada zaman ini, bunga bank telah menemui kriteria riba nasi’ah sehingga telah jelas keharamannya. Meski ada ulama’-ulama’ mahupun tokoh-tokoh yang membolehkan adanya riba, namun itu hanya dalam jumlah minoriti, sedangkan majoriti ulama’ Internasional sepakat bahawa bunga bank sama dengan riba dan hukumnya adalah haram secara mutlak.
   
[1] Zainuddin Ali, Hukum perbankan Syari’ah, 2008, Jakarta : Sinar Grafika. Hal 88, lihat Muhammad Syafi’i Antonio, Bank Syari’ah dari teori ke praktek, 2001, Jakarta : Gema Insani, Hal. 37. Lihat Abdullaoh Saeed,Islamic Banking And Interest : A Study Of The Probihition Of Riba And Itis Kontemporary. (Laiden : E Jibril 1996)
[2] Zainudin Ali, Hukum Perbankan Syari’ah.................hal. 88. Lihat M. Syafi’i Antonio, Bank Syariah.....hal. 37. Lihat syafi’i Antonio. Wacana ualama’ dan cendikiawan, central bank of Indonesia and Tazkia institute, Jakarta 1999.
[3] Muhammad, Lembaga-lembaga Keuangan Umat kontemporer, 2000, Jogjakarta : UII Press. Hal. 147
[4] Zainudin Ali, Hukum Perbankan Syari’ah.................hal. 88. Lihat M. Syafi’i Antonio, Bank Syariah.....hal.38
[5] Zainudin Ali, Hukum Perbankan Syari’ah.................hal. 89. Lihat M. Syafi’i Antonio, Bank Syariah.....hal. 38. Lihat Badr Ad-Din Al-Ayni, Umdatul Qari’ syarah Shahih Al-Bhukhari (Constatinople : Mathbaah Al-Amira. 1310 H.) Vol.-V. Hal. 4.136
[6] Zainudin Ali, Hukum Perbankan Syari’ah.................hal. 90. Lihat M. Syafi’i Antonio, Bank Syariah.....hal. 39. Lihat majmu’ Syarah Al-Muhadzab, Vol. IX, Cairo Zakaria Ali Yusuf tt. Hal. 442
[7] Zainudin Ali, Hukum Perbankan Syari’ah.................hal. 92. Lihat M. Syafi’i Antonio, Bank Syariah.....hal. 41
[8] Abdul Azis Al-Malibari. Fath Al-Mu’in, Surabaya : Dar Al-Ilmi, sh. 68 , lihat terjemah Fath Al-Mu’in (2). Surabaya : Alhidayah, hal. 211
[9] Zainudin Ali, Hukum Perbankan Syari’ah.................hal. 99-102. Lihat M. Syafi’i Antonio, Bank Syariah.....hal. 48-51, lihat Sunarto Dzulkifli, Perbankan Syariah, 2007, Jakarta ; Zikrul Hakim, hal. 2-4
[10]  Zainudin Ali, Hukum Perbankan Syari’ah.................hal. 105. Lihat M. Syafi’i Antonio, Bank Syariah.....hal. 53
[11] Zainudin Ali, Hukum Perbankan Syari’ah.................hal. 106. Lihat M. Syafi’i Antonio, Bank Syariah.....hal. 54,
[12] Sunarto Zulkifli,.............hal. 4
[13] Zainudin Ali, Hukum Perbankan Syari’ah.................hal. 94-96. Lihat M. Syafi’i Antonio, Bank Syariah.....hal. 43-48
[14] Muhammad, Lembaga-lembaga........, hal. 146-147
[15] Muhammad, lembaga-lembaga, hal. 146-147
[16] Muhammad, lembaga-lembaga, hal. 158-159
[17]Sunarto zulkifli, Perbankan Syari’ah, hal. 8-9
[18] Muhammad, lembaga-lembaga, hal. 154
[19] Zainudin Ali, Hukum Perbankan Syari’ah.................hal. 113-114. Lihat M. Syafi’i Antonio, Bank Syariah.....hal.
[20] Zainudin Ali, Hukum Perbankan Syari’ah.................hal. 115. Lihat M. Syafi’i Antonio, Bank Syariah.....hal.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan