Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yang pertama adalah
seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup
sifatnya.
Yang kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun. Saya
nak share dengan rakan-rakan pasal anak kecil yang mulia ini. Anak ini anak
yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yang masih
kecil. Bapanya meninggal empat tahun yang lalu.
Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yang
menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari
sebelum arwah "pergi buat selamanya."
Arwah asyik mengira duit raya yang diperolehinya. Kadang-kadang
sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.
Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu
saudaranya....Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dengan tudung?
Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab...dia
takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab
sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan
mengalirkan air mata. Hari ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu
meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...
"Ibuku sayang, duit yang along tinggalkan ini untuk ibu.
Ibu gunalah untuk beli baju kurung yang tidak terbelah. Along harap sangat ibu
beli dan pakai tudung. Bukan tudung yang nampak rambut...tapi hanya nampak
wajah ibu yang cantik sahaja. Along sayang ibu...along tak nak ibu masuk
neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along tak nak
ibu dibakar api neraka. Along sayangkan ibu dan family kita semua... Sayang
Ibu, ALONG"...
Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita
tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya.
Wallahualam.
Al fatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu
yang sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi.
Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!
Amir MuttakinHospital Ampang, Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan