Apa itu riba? Jawabnya: Riba adalah beberapa jenis transaksi yang
diharamkan dalam islam. Berbagai jenis riba yang diharamkan itu telah merajalela di tengah masyarakat kita. Antara satu jenis
riba dengan jenis yang lain kadang terlihat sangat berbeza. Oleh kerana itu,
sulit bagi kita untuk merangkum berbagai jenis riba tersebut
dalam sebuah definisi yang pas. Maka, dari pada kita menghabiskan tempat untuk
berpayah-payah mencari definisi riba, lebih baik kita
langsung bicara tentang contoh konkret dari jenis-jenis riba yang
ada.
Jenis-Jenis Riba
Majoriti ulama menyatakan bahawa riba boleh terjadi
dalam dua hal, iaitu dalam hutang (dain) dan dalam transaksi
jual-beli (bai’). Keduanya biasa disebut dengan istilah riba hutang (riba
duyun)dan riba jual-beli (riba buyu’). Mari kita tinjau satu
persatu:
Riba Dalam Hutang
Dikenal dengan istilah riba duyun,
iaitu manfaat tambahan terhadap hutang. Riba ini terjadi dalam transaksi
hutang-piutang (qardh) ataupun dalam transaksi tak tunai selain qardh,
semisal transaksi jual-beli kredit (bai’ muajjal). Perbezaan antara
hutang yang muncul kerana qardh dengan hutang kerana jual-beli
adalah asal akadnya. Hutang qardh muncul kerana semata-mata
akad hutang-piutang, iaitu meminjam harta orang lain untuk dihabiskan lalu
diganti pada waktu lain. Sedangkan hutang dalam jual-beli muncul kerana harga
yang belum diserahkan pada saat transaksi, baik sebahagian atau keseluruhan.
Contoh riba dalam hutang-piutang (riba qardh),
misalnya, jika si A mengajukan hutang sebesar Rp. 20 juta kepada si B dengan
tempoh satu tahun. Sejak awal keduanya telah menyepakati bahawa si A wajib
mengembalikan hutang ditambah bunga 15%, maka tambahan 15% tersebut merupakan
riba yang diharamkan.
Termasuk riba duyun adalah, jika
kedua belah pihak menyepakati ketentuan apabila pihak yang berhutang
mengembalikan hutangnya tepat waktu maka dia tidak dikenai tambahan, namun jika
dia tidak mampu mengembalikan hutangnya tepat waktu maka tempohnya diperpanjang
dan dikenakan tambahan atau denda atas hutangnya tersebut. Contoh yang kedua
inilah yang secara khusus disebut riba jahiliyah kerana banyak
dipraktikkan pada zaman pra-Islam, meski asalnya merupakan transaksi qardh (hutang-piutang).
Sementara riba hutang yang muncul dalam
selain qardh (pinjam) contohnya adalah apabila si X membeli
motor kepada Y secara tidak tunai dengan ketentuan harus lunas dalam tiga
tahun. Jika dalam tiga tahun tidak berhasil dilunasi maka tempoh akan
diperpanjang dan si X dikenai denda berupa tambahan sebesar 5%, misalnya.
Perlu diketahui bahawa dalam konteks hutang, riba
atau tambahan diharamkan secara mutlak tanpa melihat jenis barang yang
dihutang. Maka, riba jenis ini boleh terjadi pada segala macam barang. Jika si
A berhutang dua liter bensin kepada si B, kemudian disyaratkan adanya penambahan
satu liter dalam pengembaliannya, maka tambahan tersebut adalah riba yang
diharamkan. Demikian pula jika si A berhutang 10 kg buah epal kepada si B, jika
disyaratkan adanya tambahan pengembalian sebesar 1kg, maka tambahan tersebut
merupakan riba yang diharamkan.
Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya menyatakan, “kaum
muslimin telah bersepakat berdasarkan riwayat yang mereka nukil dari Nabi
mereka (saw) bahawa disyaratkannya tambahan dalam hutang-piutang adalah riba,
meski hanya berupa segenggam makanan ternak.”
Bahkan, majoriti ulama menyatakan jika ada syarat
bahawa orang yang berhutang harus memberi hadiah atau jasa tertentu kepada si
pemberi hutang, maka hadiah dan jasa tersebut tergolong riba, sesuai kaedah,
“setiap qardh yang menarik manfaat maka ia adalah riba.”
Sebagai contoh, apabila si B bersedia memberi pinjaman wang kepada si A dengan
syarat si A harus meminjamkan kendaraannya kepada si B selama satu bulan, maka
manfaat yang dinikmati si B itu merupakan riba.
Riba Dalam Jual-beli
Dalam jual-beli, terdapat dua jenis riba,
yakni riba fadhl dan riba nasi’ah. Keduanya akan
kita kenal lewat contoh-contoh yang nanti akan kita tampilkan.
Berbeza dengan riba dalam hutang (dain)
yang boleh terjadi dalam segala macam barang, riba dalam jual-beli tidak
terjadi kecuali dalam transaksi enam barang tertentu yang disebutkan oleh
Rasulullah saw. Rasulullah saw bersabda:
“Jika emas ditukar dengan emas,
perak ditukar dengan perak, bur (gandum) ditukar dengan bur, sya’ir (jewawut,
salah satu jenis gandum) ditukar dengan sya’ir, kurma ditukar dengan kurma, dan
garam ditukar dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan
dibayar kontan (tunai). Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia
telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang
memberinya sama-sama berada dalam dosa.”
(HR. Muslim no. 1584)
Dalam riwayat lain dikatakan:
“Emas ditukar dengan emas, perak dengan perak,
gandum dengan gandum, jewawut dengan jewawut, kurma dengan kurma, garam dengan
garam, harus semisal dengan semisal, sama dengan sama (sama
beratnya/takarannya), dan dari tangan ke tangan (kontan). Maka jika berbeza
jenis-jenisnya, juallah sesuka kamu asalkan dari tangan ke tangan (kontan).”
(HR Muslim no 1210; At-Tirmidzi III/532; Abu Daud
III/248).
Ada beberapa poin yang boleh kita ambil dari hadits
di atas:
Pertama, Rasulullah saw dalam kedua hadits
di atas secara khusus hanya menyebutkan enam komoditi saja, iaitu: emas, perak,
gandum, jewawut, kurma dan garam. Maka ketentuan/larangan dalam hadits tersebut
hanya berlaku pada keenam komoditi ini saja tanpa bpleh diqiyaskan/dianalogkan
kepada komoditi yang lain. Selanjutnya, keenam komoditi ini kita sebut
sebagai barang-barang ribawi.
Kedua, Setiap pertukaran sejenis dari
keenam barang ribawi, seperti emas ditukar dengan emas
atau garam ditukar dengan garam, maka terdapat dua ketentuan yang harus
dipenuhi, iaitu: pertama takaran atau timbangan keduanya harus
sama; dan kedua keduanya harus diserahkan saat transaksi
secara tunai/kontan.
Berdasarkan ketentuan di atas, kita tidak boleh
menukar kalung emas seberat 10 gram dengan gelang emas seberat 5 gram, meski
nilai seni dari gelang tersebut dua kali lipat lebih tinggi dari nilai
kalungnya. Kita juga tidak boleh menukar 10 kg kurma kualiti buruk dengan 5 kg
kurma kualiti bagus, kerana pertukaran kurma dengan kurma harus setakar atau
setimbang. Jika tidak setimbang atau setakaran, maka terjadi riba, yang
disebut riba fadhl.
Disamping harus sama, pertukaran sejenis dari barang-barang ribawi harus dilaksanakan dengan
tunai/kontan. Jika salah satu pihak tidak menyerahkan barang secara tunai,
meskipun timbangan dan takarannya sama, maka hukumnya haram, dan praktik ini
tergolong riba nasi’ah atau ada sebagian ulama yang secara
khusus menamai penundaan penyerahan barang ribawi ini
dengan sebutan riba yad.
Ketiga, Pertukaran tak sejenis di antara
keenam barang ribawi tersebut hukumnya boleh dilakukan
dengan berat atau ukuran yang berbeza, asalkan tunai. Ertinya, kita boleh
menukar 5 gram emas dengan 20 gram perak atau dengan 30 gram perak sesuai
kerelaan keduabelah pihak. Kita juga boleh menukar 10 kg kurma dengan 20 kg
gandum atau dengan 25 kg gandum, sesuai kerelaan masing-masing. Itu semua boleh
asalkan tunai alias kedua belah pihak menyerahkan barang pada saat transaksi.
Jika salah satu pihak menunda penyerahan barangnya, maka transaksi itu tidak
boleh dilakukan. Para ulama menggolongkan praktik penundaan penyerahan barang ribawi ini ke dalam jenis riba
nasi’ah tapi ada pula ulama yang memasukkannya dalam kategori sendiri
dengan nama riba yad.
Keempat, Jika barang ribawi ditukar dengan selain barang ribawi, seperti perak ditukar dengan ke kayu,
maka dalam hal ini tidak disyaratkan harus setimbang dan tidak
disyaratkan pula harus kontan kerana kayu bukan termasuk barang ribawi.
Kelima, Selain keenam barang-barang ribawi di atas, maka kita boleh
menukarkannya satu sama lain meski dengan ukuran/kuantiti yang tidak sama, dan
kita juga boleh menukar-nukarkannya secara tidak tunai. Sebagai contoh, kita
boleh menukar 10 buah kelapa dengan 3 kg kedlai secara tidak kontan kerana
kelapa dan kedlai bukan barang ribawi.
Memahami Riba Fadhl dan Riba
Nasi’ah
Fadhl secara bahasa bererti tambahan atau
kelebihan. Sedangkan nasii’ah secara bahasa maknanya adalah
penundaan atau penangguhan.
Nah, sekarang mari kita mencuba untuk memahami apa
yang dimaksudkan oleh para ulama dengan istilah riba fadhl dan riba
nasi’ah, meskipun sebenarnya, setelah kita memahami fakta tentang
jenis-jenis riba, bukan suatu hal yang wajib untuk mengenal nama-namanya.
Hanya saja, kerana istilah riba fadhl dan nasi’ah ini
sangat sering kita baca atau kita dengar, maka kita akan menemukan kesulitan
untuk memahami tulisan atau pembicaraan yang mengandung kedua istilah tersebut.
Silakan cermati kembali poin dua dan poin tiga pada
penjelasan hadits yang baru saja kita lewati, setelah itu in sya allah kita
boleh memahami apa yang disebut dengan riba fadhl dan riba
nasi’ah. Riba fadhl adalah tambahan kuantiti yang terjadi
pada pertukaran antara barang-barang ribawi yang
sejenis, seperti emas 5 gram ditukar dengan emas 5,5 gram. Sedangkan riba
nasi’ah adalah riba yang terjadi kerana penundaan, sebab, nasi’ah
sendiri maknanya adalah penundaan atau penangguhan.
Semua riba hutang (riba duyun) yang telah
kita bahas sebelumnya tergolong riba nasi’ah, kerana semuanya
muncul akibat tempoh. Dalam konteks hutang, riba nasi’ah berupa
tambahan sebagai kompensasi atas tambahan tempoh yang diberikan. contohnya
hutang dengan tempoh satu tahun tidak berhasil dilunasi sehingga dikenakan
tambahan hutang sebesar 15%, misalnya. Maka, tambahan 15% ini merupakan riba
nasi’ah. Juga dalam riba qardh di mana keberadaan tambahan
telah disepakati sejak awal, semisal ada ketentuan untuk mengembalikan hutang
sebesar 115%. Ini juga termasuk riba nasi’ah (meski sebagian
ulama ada yang memasukkannya dalam ketegori riba fadhl ditinjau
dari segi bahawa ia merupakan pertukaran barang sejenis dengan penambahan).
Sementara itu, dalam konteks jual-beli barang
ribawi, riba nasi’ah tidak berupa tambahan, melainkan semata
dalam bentuk penundaan penyerahan barang ribawi yang sebenarnya disyaratkan
harus tunai itu, baik keduanya sejenis mahupun berbeza jenis. Contohnya seperti
membeli emas menggunakan perak secara tempoh, atau membeli perak dengan perak
secara tempoh. Praktik tersebut tidak boleh dilakukan kerana emas dan perak
merupakan barang ribawi yang jika ditukar dengan sesama barang ribawi disyaratkan
harus kontan. Itulah mengapa, pertukaran barang ribawi secara tidak tunai
digolongkan ke dalam riba nasi’ah. Sebahagian ulama menyebut
penyerahan tertunda dalam pertukaran sesama barang ribawi ini dengan istilah
khusus, yakni riba yad.
Kesimpulan
Riba boleh terdapat dalam hutang dan transaksi
jual-beli.
Riba dalam hutang adalah tambahan atas hutang, baik
yang disepakati sejak awal ataupun yang ditambahkan sebagai denda atas
pelunasan yang tertunda. Riba hutang ini boleh terjadi dalam qardh (pinjam/hutang-piutang)
ataupun selain qardh, seperti jual-beli kredit. Semua bentuk riba dalam hutang
tergolong riba nasi’ah kerana muncul akibat tempoh
(penundaan).
Riba dalam jual beli terjadi kerana pertukaran
tidak seimbang di antara barang ribawi yang sejenis (seperti emas 5 gram
ditukar dengan emas 5,5 gram). Jenis ini yang disebut sebagai riba fadhl.
Riba dalam jual-beli juga terjadi kerana pertukaran
antara barang ribawi yang tidak kontan, seperti emas ditukar dengan perak
secara kredit. Praktik ini digolongkan ke dalam riba nasi’ah atau
secara khusus disebut dengan istilah riba yad.
Wallahu a’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan