Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 4 Februari 2014

O 71 : MANFAAT DAN KEHEBATAN SOLAT TAHAJUD

Solat tahajud merupakan solat yang dilakukan pada tengah malam, iaitu sekitar jam 01.00 -03.00. Solat tahajud dilakukan setelah bangun dari tidur (tetapi beberapa orang ada yang mengatakan boleh juga dilakukan walaupun tidak tidur).

Solat malam ini banyak sekali manfaatnya dan terkadang solat tahajud mendatangkan beberapa keajaiban yang tidak terduga.

Subhanallah.
Sebagaimana firman ALLAH Surat Al-Isra’ ayat 79 yang berbunyi: “Dan pada sebahagian malam bertahajjudlah dengannya sebagai tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.”

Solat tahajud merupakan solat sunnah yang diajarkan oleh Nabi, namun kia dianjurkan untuk melaksanakan sesering mungkin, kerana manfaat solat tahajud sungguh besar.

Walaupun mungkin terasa berat, apabila kita terbiasa melakukannya, In Sya Allah, solat tahajud merupakan jawapan atas beberapa rasa stres ataupun segala.permasalahan yang ada.

Manfaat solat tahajud di antaranya adalah :

1. Membuat hati merasa aman dan tenteram.
2. Dijauhkan dari godaan syaitan.
3. Memperlancar rezeki.
4. Menumbuhkan ketenangan berfikir serta bertindak.
5. Membuat badan jadi sihat.
6. Membersihkan fikiran yang buruk.
7. Membuat seseorang menjadi lebih positif.


Berikut ini saya sertakan beberapa pengalaman langsung saya mendengar cerita-cerita dari orang yang melaksanakan tahajud :

Cerita dari Ibu Tutik, Jakarta. Dalam hidupnya, sejak umur 25 tahun, sampai sekarang (50th) beliau tidak pernah meninggalkan solat tahajud dan selama itu pula hidupnya tenteram, rezeki terus mengalir dan bertambah dengan pesat, dan selalu diberikan kemudahan dalam berbagai jalannya.

Pengalaman saya sendiri, hehe ..Walaupun saya tidak melakukan tahajud secara rutin dan hanya jarang-jarang, tetapi tahajud sungguh besar hidayahnya.

Selepas lulus SMA, saya semakin intens melakukan ibadah solat tahajud.

Keajaibanpun saya peroleh dengan diterimanya saya ke perguruan tinggi favorit, serta Keterimanya saya di salah satu sekolah instansi negara, namun pada akhirnya bingung memilih salah satu dan pada akhirnya dengan petunjuk dariNya, saya memilih yang terbaik menurut kata hati.

Pengalaman Ayah teman saya, seorang pejabat.tinggi di daerahnya. Ketika Ayahnya menjabat dan mengemban tugas negara, semakin tinggi jabatannya maka semakin banyak sekali orang yang tidak suka terhadap Ayahnya.

Berbagai cara pun di lakukan, termasuk ilmu hitam atau yang lebih dikenal dengan sebutan santet.

Pada awalnya sempat terkena santet, namun, setelah mendapatkan pencerahan dari guru spiritualnya, akhirnya si orang tersebut melakukan ibadah tahajud dengan khusyuk dan rutin.

Alhamdulillah, solat tahajud yang dilakukan dengan khusyuk dan rutin telah menjadikannya sebuah benteng dan dapat menangkal berbagai hal-hal negatif tersebut.

Sebenarnya masih banyak lagi cerita-cerita akan keajaiban solat tahajud yang ada, namun yang saya tampilkan hanya tiga saja,biar ga terlalu banyak tampilan di artikel ini.

Pada dasarnya, solat tahajud yang dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, serta semata-mata hanya kerana ALLAH, maka hidayah dan berkah yang kita raih sungguh luar biasa besar.

Mungkin manfaat solat tahajudnya pun tidak dapat kita sadari dalam jangka waktu dekat, tetapi akan berdampak di waktu yang akan datang (banyak kejadian yang seperti itu), kerana sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui segalanya.

ALLAH sungguh akan meninggikan darjat bagi orang-orang yang rela mengerjakan solat tahajud.

SUBHANALLAH
Semoga ALLAH sentiasa membimbing kita dalam kesabaran dan memberikan kita segala pertolongan sehingga setiap persoalan yang kita hadapi selalu mendapatkan naungan dan kemudahanNya. Aamiin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan